Acara “Unboxing” McD Kongsi Lebih 2,500 Ayam Goreng Bersama Rakyat Malaysia

McDonald’s Raikan Kecintaan Rakyat Malaysia pada Ayam Goreng dengan ”Unboxing” – Acara Terbesar di Malaysia Menerusi Facebook Live di mana lebih 2,500 “Share Box” Ayam Goreng McD dibuka secara serentak di restoran McDonald’s seluruh negara

Image 2

McDonald’s Malaysia baru-baru ini meraikan salah satu menu hidangan klasiknya iaitu Ayam Goreng McD™ yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak tahun 1987 dengan acara “Unboxing”, acara terbesar di Malaysia yang disiarkan menerusi Facebook Live. Lebih 2,500 “Share Box” Ayam Goreng McD dibuka secara serentak untuk dinikmati di semua restoran McDonald’s seluruh negara.

“Walaupun pengalaman klasik McDonald’s amat sinonim dengan burger dan kentang goreng, Ayam Goreng McD™ juga telah sekian lama menepati selera dan terus di hati kebanyakan pelanggan-pelanggan kami khususnya di Malaysia. Lebih menggalakkan apabila pelanggan-pelanggan kami memberi maklum balas positif mengenai Ayam Goreng McD™ pedas menerusi pelbagai saluran. Bagi kami, tiada yang lebih baik dan menggembirakan selain memenuhi permintaan para pelanggan dengan menyediakan ayam goreng yang sempurna untuk mereka.” Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

“Di McDonald’s, kami sedar bahawa makanan yang baik bukan sekadar pada rasanya sahaja. Kami juga menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi yang didapati daripada pembekal-pembekal kami yang mematuhi piawaian makanan global. Buktinya, anda dapat merasainya menerusi Ayam Goreng McD™; pengalaman sempurna dari segi kesegaran, kerangupan dan keempukan rasa ayam yang sememangnya bakal memberi kepuasan kepada para pelanggan dan mereka pasti menginginkannya lagi,” tambah Azmir.

Ayam Goreng McD™ dihasilkan daripada ayam yang dibekalkan segar setiap hari dengan setiap satunya disadur dan dimasak sempurna. Disediakan dengan cermat dan dimasak selaras dengan piawaian McDonald’s, Ayam Goreng McD sentiasa dihidang panas dan sedia memberi kepuasan kepada semua.

Untuk berkongsi pengalaman Ayam Goreng McD™ yang tiada tandingan ini dengan lebih ramai rakyat Malaysia, McDonald’s turut mengajak para pelanggannya untuk menyertai cabaran #mostawesomebite mulai 20 Mac 2017 hingga 23 April 2017.

Untuk menyertainyai, para pelanggan haruslah menunjukkan rasa nikmat Ayam Goreng McD™ hanya dengan menggunakan ekspresi muka dan bahasa badan menerusi video tidak lebih dari 60 saat.

Ayam Goreng McD™ boleh didapati di seluruh negara mulai 20 Mac 2017 dengan dua “Share Box” baharu – anda boleh memilih hidangan 5 ketul (RM23.50) atau 9 ketul (RM39.95).

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Goreng McD™ dan cabaran #mostawesomebite, layari http://www.mcdonalds.com.my/.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s