Four Points by Sheraton Puchong “Selera Nostalgia” Sajikan Hidangan Klasik Sempena Kedatangan Ramadan

Memandangkan Ramadan bakal tiba tak lama lagi, banyak hotel tempatan sudah mula menawarkan pelbagai pakej sempena kedatangan bulan yang mulia itu.

Dengan tema “Selera Nostalgia”, The Eatery di Four Points by Sheraton Puchong mnenyediakan hidangan makan malam secara bufet yang menjadi kegemaran di serata Malaysia sejak berkurun dahulu

IMG_5428

Lebih daripada 100 menu disediakan antaranya Roti John dengan isi sardin atau daging hancur, ayam dara masak briyani, daging masak gulai, sup ekor, mi udang, laksa kari dan banyak lagi menu yang pastinya membangkitkan selera!

 

IMG_5444

Hidangan pemanis mulut klasik seperti gado-gado, bubur kacang hijau, pengat nangka, sago gula melaka, dodol,rojak buah, aneka kerepek dan banyak lagi juga boleh dinikmati di sini. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati kerana terdapat sehingga 14 menu pemanis mulut.

Menu seperti kerabu ayam panggang, lemang, serunding serta ulam-ulaman juga tidak ketinggalan disediakan sepanjang bulan Ramadan.

Bagi peminat Nasi Kandar boleh juga menikmati hidangan sampingan seperti ayam goreng, ikan bakar, ketam, udang, sotong, kari ikan, ayam masak kicap dan kambing kurma.

Selera Nostalgia bakal bermula pada 27 Mei hingga 24 Jun 2017 dengan harga RM140 per net bagi dewasa dan Rm70 per net bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun. Bagi mereka yang menempah awal bermula 10 April hingga 29 Mei diberi potongan dengan hanya perlu membayar sebanyak RM100 per net selain berpeluang memenangi baucer penginapan dan baucar makanan.

Untuk menempah, bolehlah menghubungi:

Tel: 03-5891 8888 atau emel di: eatery.puchong@fourpoints.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s