Kempen Hari Sarapan Terbesar MILO Tekankan Kepentingan Sarapan

MILO® terus tumpukan usaha mengenai kepentingan sarapan sambil mendidik ibu bapa tentang tenaga harian yang diperlukan oleh anak-anak

Photo 1 (1)

“Sebagai peneraju untuk sarapan pagi, MILO® sentiasa menekankan kepentingan sarapan sebagai sumber tenaga yang penting untuk memulakan hari dengan betul. Setiap tahun kami mengkaji cara-cara inovatif untuk mendekati pengguna kami dalam berkongsi tentang kepentingan hidangan ini. Tanpa sarapan yang betul, kanak-kanak cepat berasa lesu kerana keperluan tenaga mereka tidak dipenuhi. Oleh itu, adalah penting untuk memadankan hidangan ini dengan MILO®, yang membantu untuk memulakan perlepasan tenaga dari makanan dengan berkesan. ” Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MILO®, Malaysia.

Satu kajian dalaman yang dijalankan oleh MILO® telah mendedahkan bahawa kanak-kanak menggunakan sehingga 1,500 kcal pada hari persekolahan biasa, sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti intensiti tinggi seperti mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari dalam acara separuh maraton. Ia diukur dengan menganggarkan jumlah tenaga yang digunakan oleh kanak-kanak untuk pelbagai aktiviti seperti sesi persekolahan, tuisyen, aktiviti sukan sepanjang hari, dari saat mereka bangun sehingga mereka tidur.

“Kanak-kanak boleh menjadi lebih bertenaga sekiranya mereka mengambil sarapan pagi yang berkhasiat dengan MILO®, yang memberikan mereka tenaga secukupnya untuk semua aktiviti mereka sepanjang hari – dari segi mental dan fizikal. MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go ™, gabungan unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting – vitamin dan mineral yang membantu pertumbuhan keseluruhan kanak-kanak dan tumbesaran. “ Nurul Iliani Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dan menggalakkan pemakanan sarapan di seluruh negara, MILO® menganjurkan Hari Sarapan Terbesar MILO® di seluruh negara, di mana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam MILO® Breakfast Run, mencuba pelbagai aktiviti dan permainan menarik, serta menikmati sarapan percuma bersama keluarga mereka.

Acara Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia tahun ini dimulakan  dengan acara pertama di Pulau Pinang pada 19 Mac 2017.

Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia bakal diadakan di bandar-bandar berikut:

  • Kota Kinabalu Padang Rugbi di Tanjung Aru 26 Mac 2017
  • Kuching Pustaka Negeri Sarawak 2 April 2017
  • Johor Padang Perbadanan di Pasir Gudang 8 April 2017
  • Kuantan Padang MPK1 16 April 2017
  • Kota Bahru Kompleks Sukan 2, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan 6 Mei 2017
  • Putrajaya (Presint 4) Anjung Floria 14 Mei 2017

Untuk maklumat tentang kempen Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia dan cara-cara untuk mengambil bahagian dalam acara Hari Sarapan Terbesar MILO®, sila lawat www.milo.com.my.

Tentang Hari Sarapan Terbesar MILO®

Hari Sarapan Terbesar adalah inisiatif dan usaha tahunan MILO® untuk menempa nama dalam calendar aktivit Malaysia bagi mengukuhkan mesej yang sarapan pagi sesungguhnya adalah hidangan yang paling penting dalam hari anda. Sebagai peneraju segmen Minuman Malt Coklat di Malaysia, MILO® mahu memacu perubahan dan mencetuskan tindakbalas di kalangan rakyat Malaysia ke arah Sarapan. Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah tunjang utama MILO® untuk menekankan betapa pentingnya sarapan di setiap rumah di Malaysia. Hari Sarapan Terbesar MILO® bukan hanya satu acara; ia adalah hari untuk meraikan sarapan pagi dan satu hari di mana MILO® ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan tabiat sarapan yang sihat dalam pemakanan harian mereka.

Secawan MILO® memberikan tenaga berkhasiat kepada rakyat Malaysia, dengan ramuan Activ-Go ™ yang baru, diperbuat dari PROTOMALT dan campuran mikronutrien yang seimbang, membantu memastikan pengedaran tenaga yang optimum, mengurangkan keletihan dan menyokong fungsi-fungsi badan yang lain untuk menghadapi hari anda.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s