Nestle Bliss Plus Minuman Yogurt Premium Untuk Kebaikan Usus

Nestle Bliss Plus- minuman yogurt PREMIUM diperkaya dengan Inulin (Prebiotik), Kultur hidup (Probiotik)
Group Photo - Carey Ng, AEON CO representatives & Nestle Malaysia Repres...

Minuman yogurt kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa, Nestlé® BLISS®, kini tampil dengan variasi produk premium baharu berkualiti tinggi iaitu BLISS® PLUS yang diperkuatkan dengan khasiat yang baik untuk usus anda dan banyak lagi.

Sebahagian besar rakyat Malaysia kini mengamalkan gaya hidup aktif di mana mereka berusaha untuk membahagikan masa antara kerja dengan kegiatan peribadi tanpa menjejaskan kesihatan mereka. Usaha berterusan untuk mengekalkan badan yang sihat disebalik kesuntukan masa yang mendorong kepada permintaan produk yang memudahkan pengguna. Ini dibuktikan dengan peningkatan kewujudan produk kesihatan seperti jus perahan segar, bar salad, kedai suplimen kesihatan dan gim. Peminum yogurt adalah dikalangan mereka yang mencari minuman yang diperkaya dengan segala kebaikan lebih-lebih lagi minuman yang membantu sistem penghadaman mereka.

BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt pertama di Malaysia dengan kombinasi kultur hidup (probiotik) dan inulin (prebiotik) untuk kebaikan usus anda serta diperkayakan dengan pelbagai zat buah-buahan yang berkhasiat tinggi (Super Fruits).

Inulin (prebiotik), yang diperoleh daripada akar chicory merupakan bahan penting untuk proses penghadaman. Prebiotik merupakan sejenis makanan yang memberi kesegaran secara menyeluruh untuk bahagian usus anda. Selain daripada Inulin, BLISS® PLUS juga diperkaya dengan khiasiat kultur hidup, iaitu sejenis prebiotik yang terdiri daripada Lactobacillus Acidophilus, Streptococcus Thermophilus dan yang paling penting Bifidobacterium Lactis yang bertindak menghadamkan makanan untuk penyerapan secara menyeluruh.

“Rakyat Malaysia kini lebih cenderung mencari pilihan yang bijak serta menjalani gaya hidup yang sihat, sehingga sanggup melabur masa dan wang untuk memperoleh produk serta trend kesihatan terkini seperti, jus perahan segar, senaman dan juga mengamalkan diet organik. BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt premium yang ideal untuk mereka yang mahukan produk berkualiti tinggi dan sesuai dengan gaya hidup sihat mereka tanpa perlu berkompromi dari segi kebaikan dan rasa untuk usus yang baik.” Pegawai Eksekutif Perniagaan Tenusu Dingin Nestle Malaysia, Wilfrid Foo.

Untuk rasa yang hebat dan asli, BLISS® PLUS boleh didapati dalam tiga jenis kombinasi buah-buahan yang sedap serta diperkaya dengan nutrien dan vitamin, iaitu ‘Epal, Delima & Cranberi’, ‘Epal, buah Markisa & Lemon, dan ‘Epal, Beet Merah & Prune’. Kesemua buah-buahan ini terkenal dengan manfaat semula jadi seperti antioksidan, vitamin, serat dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjur lanjut mengenai Nestle® BLISS® PLUS, sila layari:

https://www.facebook.com/NestleBliss/

http://www.nestle.com.my/brands/chilled_dairy

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s