OUKITEL Masuki Pasaran Malaysia

Satu lagi jenama telefon pintar terbaru memasuki pasaran tempatan tahun ini iaitu OUKITEL.

Photo 1 (3)

Dihasilkan oleh Shenzen OUKI Digital Electronic Co. Ltd yang berpusat di China sejak tahun 2007, OUKITEL diambil daripada “U & I for OK Life”. Bertetapan dengan perkataan itu, telefon pintar OUKITEL menawarkan peranti bijak yang memberi dedikasi pada “OK life for you & I”.

Ia mensasarkan kepada mereka yang inginkan telefon pintar rekaan terbaru dan dalam masa yang sama tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memilikinya.

“Objektif utama kami adalah supaya semua orang puas hati dengan teknologi terkini yang dibawakan oleh OUKITEL. Tahun lepas kami mempunyai 300 pengedar dan 6 pusat servis di Malaysia. OUKITEL akan meningkatkan jumlah pengedar sehingga 800 orang tahun ini dengan 12 pusat servis seluruh Malaysia. Tahun ini juga OUKITEL bakal membuka 5 stor konsep yang akan memberikan pengalaman kepada pengguna merasai sendiri telefon OUKITEL terkini. Kami mahu jenama OUKITEL berada di setaip pelusuk Malaysia.”-Bowman Qi, Ketua Pengarah Eksekutif OUKITEL.

Dengan seramai lebih daripada 1,000n pekerja berpengalaman, syarikat itu mampu menghasilkan sehingga 20 juta unit telefon setiap tahun. Tidak hairanlah ia menjadi rakan kongsi kepada China Mobile, China Telecom dan China Unicom disamping menjadi pembekal pasaran antarabangsa untuk Spice, Karbonn, BQ, Qmobile dan banyak lagi.

Jenama OUKITEL dirasmikan pada pasaran antarabangsa pada dua tahun lepas dan sehingga 2016, ia sudah terjual pada 40 buah negara dan keselruhannya telah menjual sebanyak 5.4 juta unit pada pasaran dunia.

Pada majlis pelancaran yang diadakan di Berjaya Times Square, OUKITEL memperkenalkan 3 rangkaian produk telefon pintar iaitu:

1. OUKITEL K6000 Plus

Oukitel K6000 Plus

  • terbaru dalam rangkaian OUKITEL K
  • badan metalik penuh dengan pengimbas cap jari
  • paparan 5.5 inci panel LTPS dengan 1080×1920 resolusi piksel
  • dilengkapi dengan MediaTek 6750T octa-core SoC
  • pemprosesan efisien dengan 4 cores pada 1 GHz untuk kerja ringan dan 4 cores pada 1.5 GHz untuk kerja berat
  • 4GB RAM dan 64GB memori dalaman serta memori kad sehingga 128GB
  • kamera mengguna PDAF-assited 16 MPO Sony IMX298 sensor: 1/3.06 inci manakala kamera depan 8MP dengan wide angle 80 darjah
  • bateri: 6080 mAh SCUD
  • caj bateri 12V/2A dengan masa 100 min untuk 100% caj dan untuk 5min caj, membolehkan anda berbual sehingga 2 jam lamanya
  • sistem operasi-Android  7.0 Nougat
  • Harga: RM999 dengan dua warna iaitu Kelabu dan Emas
  • Boleh didapati pada bulan April

2. OUKITEL U16 Max

Oukitel U16 Max

  • terbaru dalam rangkaian OUKITEL U
  • badan ‘aircaft aluminium alloy’ dengan 2.5D panel kaca melengkung
  • tengah rangka diina dengan teknologi CNC yang kompleks menampakkannya satu rekaan elegan dan selesa apabila disentuh
  • ukuran dimensi 165.5×83.3×9.15mm dan berat 222g
  • paparan 6 inci HD JDI dengan teknologi LTPS
  • dengan kuasa 1.3GHz octa-core MediaTek MT6753 dipadankan bersama GPU ARM Mali-T720 MP3
  • 3GB RAM, 32GB storan dan microSD sehingga 32GB
  • mengguna Android 7.0 Nougat
  • bateri 4,000mAh dan disokong oleh 5V/1.5A caj pantas
  • kamera 13MP di belakang dengan LED Flash dan 5MP kamera depan untuk selfie
  • pengimbas cap jari 0.1 saat membuatkannya satu peranti selamat
  • dual sim kad yang menyokong 4G, wifi 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.0 serta GPS
  • Harga: RM889 dengan dua warna iaitu Kelabu dan Emas
  • boleh didapati pada bulan April

3. OUKITEL U20 Plus

Oukitel U20 Plus

  • 2 lens kamera dibelakang peranti yang memberi pengalaman SLR
  • rekaan ergonomik yang diperbuat daripada solid polycarbonate dengan hujung melengkung, 2.5G panel kaca menjadikannya rekaan yang cantik
  • paparan 5.5 inci skrin dengan 1080×1920 piksel HD IPS paparan penuh daripada Sharp
  • pengimbas cap jari dibahagian belakang panel
  • dilengkapi dengan MediaTek MT6737T quad-core SoC 1.5GHz dipadankan dengan GPU ARM Mali-T720 MP2
  • 2 GB RAM dan 16GB storan yang boleh mengguna microsd
  • bateri SCUD 3,300mAh
  • kamera belakang disokong oleh autofokus, LED flash dan sensor Sony 13 MP IMX135 dibantu 0.3MP unit sekondari
  • 5MP kamera hadapan untuk selfie yang boleh dilanjutkan dengan 8MP
  • mengguna Android 6.0 Marshmallow
  • Harga: RM639 dengan 3 warna: Jet Black, Kelabu dan Emas

Turut diperkenalkan adalah:

Oukitel C3 & C5 Pro

Maklumat lanjut:

OUKITEL Malaysia: 03-92220899
www.oukitel.mywww.facebook.com/oukitelmy

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s