WAVE DASH FI Penuhi Keperluan Penunggang Muda

HONDA WAVE DASH FI 2017 Bakal Menghangatkan ‘Pentas’ Jalan raya

Repsol_Easy
Edisi Reptol yang tampil elegan

Pengeluar motosikal terkemuka di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) baru-baru ini, menganjurkan majlis pelancaran produk dan peragaan fesyen sulung untuk memperkenalkan model, Wave Dash Fi Baharu.

Penambahan terbaharu dalam keluarga beroda dua itu menawarkan rekaan yang menarik, bergaya dan trendy untuk memenuhi keperluan fesyen semasa penunggang muda.

Slogan “Make An Impression, Everywhere You Go” menggambarkan pemahaman BSH dalam tuntutan fesyen golongan muda yang sentiasa mahu bergaya dan mengikut aliran fesyen terbaru di mana sahaja mereka berada walau ketika berada di jalan raya.

Rekaan terkini grafik New Wave Dash Fi diinspirasi dari tentera kelabu menyamar dan grafik geometri warna khas CB650, bersama panel meter bergaya dan plat pelindung haba baharu yang dipertingkatkan menjanjikan penampilan yang lebih segar bagi penggemar kenderaan beroda dua di Malaysia.

“Pelanggan muda di negara ini hidup dalam gaya hidup yang pantas bergerak dan mencari tunggangan yang bergaya. Oleh demikian, BSH sentiasa mempertingkatkan rekaan serta prestasi bagi memenuhi kehendak dan permintaan penunggang muda.” -En. Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

Majlis pelancaran dimulakan dengan beberapa pelompat jalanan mempamerkan New Wave Dash Fi, diikuti oleh peragaan fesyen oleh model-model Tarik Jean sebelum barisan pengurusan BSH naik ke pentas untuk melancarkan pratonton rasmi tunggangan terbaharu tersebut.

Mesin jenis underbone atau kapcai dwi brek cakera dan break cakera depan (2 Type) ini dilengkapkan dengan enjin empat lejang 109cc yang bersepadu dengan Sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi). Selain rekaan luar yang lebih segar, kecekapan bahan api terus dipertingkatkan ke 61.1km/L bersama kuasa maksimum yang meningkat kepada 6.40Kw untuk memberikan pengalaman tunggangan yang lebih baik. New Wave Dash Fi juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Terdapat tiga warna fesyen bergaya: Biru Mutiara Senja, Hitam Mutiara Magellen dan Merah Lincah serta warna eksklusif, Edisi Repsol.

Ditawarkan dalam edisi S Type (Cakera Brek Tunggal), R Type (Cakera Brek Berganda) dan Edisi Repsol (Cakera Brek Berganda)., masing-masing pada harga yang disyorkan bermula daripada RM5,860.74, RM6,178.74 and RM6,337.74 termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Wave Dash Fi 2017, sila layari:

www.boonsiewhonda.com.my atau

laman Facebook kami: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.

Spesifikasi Teknikal Wave Dash Baharu Honda

  • Jenis Enjin 4-lejang, Penyejuk Udara OHC
  • Anjakan 109.17cc
  • Jara & Lejang 50.0mm x 55.6mm
  • Sistem Pemula Pemula Kaki dan Auto Elektrik
  • Sistem Pencucuhan Transistor Penuh
  • Jenis Transmisi 4 kelajuan tetap
  • Suspensi (Depan) Teleskopik
  • Suspensi (Belakang) Berkembar
  • Saiz Tayar (Depan) 70/90 – 17M/C 38P
  • Saiz Tayar (Belakang) 80/90 – 17M/C 50P
  • Dimensi Keseluruhan 1,907mm x 709mm x 1,080mm
  • Dimensi Jarak Roda 1,227mm
  • Berat 102kg (Dash S)/ 104kg (Dash R)
  • Kapasiti Tangki Minyak 4.0 liter
  • Sistem Bahan Api Pancitan Bahan Api Teratur
  • Kuasa Kuda Maksimum 6.40 KW (8.70 PS) @ 7,500RPM
  • Tork Maksimum 8.66 KW (0.88kgf.m) @ 6,000RPM

Mengenai Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama antara Honda Motor Co., Ltd. dan Oriental Holdings Bhd., memulakan operasi pada September 2008 dengan matlamat untuk menggabungkan pengeluaran dan jualan motosikal di Malaysia serta mencapai kecekapan dan kepuasan pelanggan yang lebih tinggi. Sebelum kewujudan syarikat baharu berkenaan, Boon Siew Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam penghasilan dan perniagaan pukal produk motosikal Honda di Malaysia. Sementara menjangkakan usaha sama dengan syarikat-syarikat Honda lain di seluruh dunia, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. akan mengukuhkan daya saingnya dan berusaha untuk menyediakan produk serta perkhidmatan yang melangkaui jangkaan pelanggan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s