Ulangtahun Pertama CJ Wow Shop di Sambut Dengan Kolaborasi Bersama Dato’ Siti Nurhaliza

CJ WOW SHOP Turut Perkenalkan Pelan Pertumbuhan  Sempena Ulang Tahun Pertama

Photo 3

Selepas mencapai kejayaan besar pada tahun pertama, CJ WOW SHOP, saluran beli belah di rumah berbilang platform yang terkini di Malaysia, bersedia untuk mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh untuk tahun-tahun seterusnya. Rangkaian yang menggabungkan platform televisyen, dalam talian dan mobile berhasrat untuk menggandakan perolehannya menjelang hujung 2017.

Dalam masa setahun beroperasi, saluran ini telah menambah rangkaian penawaran daripada 27 kepada lebih 400 produk yang terdiri daripada pelbagai barangan termasuk produk rumah, elektrik, alat elektronik, kecantikan, fesyen dan banyak lagi. Dalam tempoh yang sama, saluran beli belah di rumah ini telah memenuhi keperluan 350,000 pelanggan dengan rekod jualan melebihi RM90 juta.

Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP berkata,

“Keputusan yang memberangsangkan ini mengesahkan strategi pengembangan dan kami akan meneruskan momentum ini untuk meningkatkan usaha menyediakan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan. Keutamaan kami adalah menyediakan pengalaman beli belah yang lebih mudah dan lebih menyeluruh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Menyedari pelbagai peluang yang belum diterokai di pasaran, kami sentiasa membawa inovasi kepada produk dan penawaran kami demi memenuhi keperluan pelanggan.

Mengulas prestasi saluran yang cemerlang, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Television Networks (MPTN) berkata, CJ WOW SHOP merupakan salah satu pemacu utama pertumbuhan perniagaan Media Prima.

“Pelaksanaan inisiatif baharu, seperti perniagaan membeli belah di rumah, telah berjaya mengukuhkan aliran perolehan bukan tradisional kami. Kejayaan ini membuktikan kepentingan televisyen dalam kehidupan warga Malaysia sehingga ke hari ini. Capaian kami yang meluas membolehkan saluran ini menyampaikan kandungan inovatif yang relevan dengan audiens umum dan menjadikannya mudah untuk dinikmati.” 

CJ WOW SHOP telah meluaskan usahanya dalam pelbagai bidang sejak dilancarkan disebalik perbelanjaan pengguna yang semakin menurun . Bagi membawa pengalaman membeli belah ke rumah pengguna, saluran ini telah memperkenalkan demonstrasi produk secara ‘langsung’ melalui televisyen pada Oktober 2016.

Saluran ini turut menambah slot rancangan menerusi stesen siaran percuma Media Prima termasuk TV3, ntv7 dan TV9 dan menjadikan jumlah siaran kepada 19.5 jam. Baru-baru ini, saluran telah melancarkan program dalam bahasa Mandarin melalui 8TV pada 8 Januari 2017 yang ke udara dari 6am hingga 9am. Usaha ini menjadikan CJ WOW SHOP lebih mudah diakses, lebih relevan dan lebih menarik untuk kumpulan penonton yang lebih meluas.

Konsisten dengan fokusnya terhadap inovasi, CJ WOW SHOP telah melancarkan sambutan ‘Setahun Bersama WOW’ pada 1 April 2017 dengan siaran secara langsung di hadapan penonton. Selain menjadi sebahagian daripada rancangan secara langsung yang disiarkan menerusi TV9, 100 orang pelanggan bertuah telah berpeluang menyertai artis jemputan istimewa Back2Basixx dan hos rancangan CJ WOW SHOP yang terdiri daripada Nadia Annuar, FizaSaad, Karl Shafek, Zaim Helmi, dan Goh Wee Ping untuk sama-sama menyambut ulang tahun pertama saluran.

Hadiah Eksklusif Beg WOW oleh Dato’ Siti Nurhaliza untuk Pelanggan

Acara sambutan berlanjutan sepanjang bulan April dengan persembahan secara langsung setiap hari menerusi TV9 pada 10.00am yang menawarkan ganjaran menarik untuk semua pelanggan. Mulai 1 hingga 30 April 2017, setiap pembeli layak untuk menerima hadiah “Beg Eksklusif WOW” rekaan Dato’ Siti Nurhaliza dengan sebarang pembelian yang dibuat melalui CJ WOW SHOP.

Perkongsian ini berikutan sambutan hebat untuk rangkaian produk kecantikan SimplySiti, yang merupakan antara jenama terkemuka tempatan yang menyertai CJ WOW SHOP.

Selain daripada barangan eksklusif, pelanggan yang membuat pesanan semasa persembahan secara langsung dalam bulan April akan turut menerima hadiah percuma istimewa daripada pelbagai pilihan vendor termasuk jenama tempatan. Selain TV9, para penonton juga boleh menyaksikan persembahan secara langsung menerusi mana-mana platform kerana ia turut disiarkan melalui Facebook dan Instagram Live menerusi akaun media sosial rasmi CJ WOW SHOP.

Encik Kim berkata, “Kerjasama rapat dengan jenama tempatan sentiasa menjadi keutamaan dan kami merancang untuk meneruskan pendekatan ini dalam merancang pertumbuhan yang seterusnya. Capaian yang luas membolehkan kami memberikan jenama-jenama ini, terutama perniagaan kecil, dengan platform untuk berhubung dengan para penonton.”

Dengan pasaran e-dagang Malaysia yang dijangka bernilai hampir RM5 bilion (USD1.12 bilion) pada 2017, saluran membeli belah di rumah berbilang platform ini turut mencari jalan untuk meningkatkan sumbangan hasil e-dagang dan mobile kepada 25% menjelang akhir tahun ini. Pasaran ini dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 24 peratus dari 2016 hingga 2021 dengan mencatatkan nilai hampir RM11.49 bilion (USD2.59 bilion) dalam masa 5 tahun. Pada masa ini, 80 peratus daripada hasil CJ WOW SHOP diperoleh menerusi panggilan pelanggan dan potensi pertumbuhan melalui platform laman web dan mobile adalah sangat tinggi.

CJ WOW SHOP adalah usaha sama antara Media Prima Berhad dengan CJO Shopping Co Ltd (CJO) dari Korea Selatan, yang merupakan operator Membeli Rumah Di Rumah melalui TV No 1 di Asia. Saluran ini dilancarkan pada Mac 2016, dan telah diiktiraf sebagai Kempen PR Secara Terus kepada Pelanggan yang Terbaik (Gangsa)semasa acara PR Marketing Awards 2017 Asia Tenggara yang diadakan di Singapura pada 23 Mac 2017. Saluran beli belah di rumah menampilkan demonstrasi melalui siaran pelbagai rangkaian media seperti TV3, nt7, 8TV, TV9 dan tonton.

Para pelanggan boleh membeli produk yang dilihat melalui televisyen dengan:
• Menghubungi talian hotline bebas tol 1-800-18-0808
• Secara dalam talian dengan melayari http://www.cjwowshop.com.my/
• Muat turun aplikasi mobile CJ WOW SHOP daripada Google Play (Android) atau App Store (iOS).

Tawaran Ulang Tahun CJ WOW SHOP
1. Hadiah percuma “Beg Eksklusif WOW” rekaan Dato’ Siti Nurhaliza dengan sebarang pembelian di CJ WOW SHOP mulai 1 hingga 30 April 2017.
2. Hadiah percuma istimewa daripada pelbagai vendor untuk pembelian yang dibuat semasa persembahan secara langsung pada 10.00am sepanjang bulan April.
3. Promosi mingguan istimewa menerusi portal e-dagang http://www.superdeals.com.my bagi produk terpilih mulai 1 April 2017 dengan kerjasama Media Prima Radio Networks.

Saluran CJ WOW SHOP
1. TV3 Setiap Isnin – Ahad: 0500 – 0700 (120min)
2. ntv7 Setiap Isnin – Ahad: 0600 – 1300 (420min)
Setiap Ahad – Isnin: 0100 – 0200 (60min)
Setiap Selasa – Jumaat: 0130 – 0230 (60min)
Setiap Ahad: 1330 – 1430 (60min)
3. 8TV Setiap Isnin – Ahad: 0600 – 0900 (180min)
4. TV9 Setiap Isnin – Ahad: 1000 – 1200 (120min)
1230 – 1600 (210min)
Setiap Sabtu – Khamis: 0030 – 0130 (60min)
Setiap Jumaat: 0100 – 0200 (60min)
Mengenai CJ WOW SHOP

CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi pengalaman membeli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan, CJ O Shopping Co. Ltd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cjwowshop.com.my

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s