LIPTON Ekstra Kaw Untuk Rasa Teh Yang Lebih Pekat

Kerjasama Lipton dan Rangkaian Televisyen Media Prima beri nafas baru dalam budaya minum teh  selaras dengan pengenalan pada drama Melayu baru ‘Menanti Februari’ serta pelancaran ‘Lipton Ekstra Kaw’

Photo 1
Lipton, jenama teh No. 1 di dunia yang diusahakan oleh Unilever telah menjalin hubungan kerjasama bersama Rangkaian Televisyen Media Prima di mana ia mengetengahkan kempen unik ‘Hanya Kaw Untukku’ yang bertujuan memperkenalkan ‘Lipton Ekstra Kaw’-teh yang kaya dengan rasa, aroma dan warna demi memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Lipton mempersembahkan drama Melayu yang sangat dinanti-nantikan bertajuk ‘Menanti Februari’, yang menampilkan pelakon popular Zul Ariffin dan Nur Fathia. Sebagai lanjutan kepada siri ini, Lipton juga memanfaatkan tarikan personaliti artis-artis tersebut bagi mempersembahkan kandungan yang dapat memberi inspirasi bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga melalui secawan teh Lipton.

“Siri drama ‘Menanti Februari’ sangat selaras dengan sasaran jenama dan pelanggan ‘Lipton Ekstra Kaw’ kami. Jalan cerita yang menyentuh hati, pelakon-pelakon popular, dan kandungan yang kreatif merupakan satu gabungan sempurna menjadikan ‘Lipton Ekstra Kaw’ sebagai satu simbol penyampaian kasih dan keprihatinan terhadap keluarga tersayang.

Di Lipton, kami percaya teh dapat memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan sesama manusia. Kami yakin bahawa kerjasama kami dengan Rangkaian Televisyen Media Prima adalah platfom terbaik untuk memperkenalkan ‘Lipton Ekstra Kaw’ yang berperisa lebih pekat kepada rakyat Malaysia sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga.”

-Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Kehadiran Lipton dalam pasaran tempatan selama ini membolehkan jenama ini memahami kegemaran rakyat Malaysia mengenai teh secara mendalam. Rakyat Malaysia mempunyai budaya minum teh yang tersendiri dan teh merupakan minuman yang disajikan setiap hari tanpa mengira masa atau acara.

Memandangkan rakyat Malaysia lebih menggemari teh yang pekat dan penuh berperisa, maka ‘Lipton Extra Kaw’ dirumuskan dengan rasa yang lebih kaya dan beraroma serta warna yang lebih merah untuk memenuhi citarasa mereka.

Teknologi Pengekstrakan Teknologi Intipati Teh (teknologi TESS) Lipton membantu menyerlahkan intipati teh  semulajadi daripada daun teh yang terbaik bagi rasa yang lebih tulen. Dipertingkatkan dengan Teknologi TMax Filter, ‘Lipton Ekstra Kaw’ juga membolehkan penyerapan cepat dan konsisten dalam teko teh.

‘Lipton Ekstra Kaw’ sudah pasti menjadi pilihan terbaik untuk penyediaan Teh Tarik kerana peminat teh boleh memperoleh keseimbangan sempurna di antara teh dan susu menerusi rumusannya yang terbaharu.

“ Lipton Ekstra Kaw’ adalah produk yang menarik buat semua rakyat Malaysia dan wajar diberi perhatian untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam pasaran.”

Kempen ‘Hanya Kaw Untukku’ menggabungkan tawaran-tawaran kandungan kreatif kami dengan capaian penonton yang meluas untuk membantu menghubungkan Lipton dengan lebih ramai penonton di Malaysia.

Mempertahankan kedudukan kami dalam segmen Melayu dengan lebih 5 juta penonton setiap hari menerusi saluran TV3, Rangkaian Televisyen Media Prima terus memegang peranan yang dominan dalam campuran pemasaran hari ini, terutamanya untuk jenama barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) seperti Lipton.”

-Nini Yusof, Pengarah Pemasaran & Strategi, Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

‘Lipton Ekstra Kaw’ kini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.

Sinopsis – ‘Menanti Februari’

Arie (Zul Ariffin) dan Fiza (Nur Fathia) telah berkahwin selama 12 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dinamakan Intan. Arie merupakan seorang jurutera luar pantai yang jarang meluangkan masa bersama keluarga kerana terlalu taksub dengan kerjanya. Pada masa lapangnya, dia lebih gemar bermain jet ski bersama rakan-rakannya. Pada satu hari, Arie dan rakan-rakannya hilang akibat kemalangan di laut. Operasi cari dan selamat telah dilancarkan, tetapi mereka tidak dapat ditemui.

Setahun kemudian, Fiza redha dengan takdir yang menimpa Arie dan mencari ketenangan dalam rakan karib Arie bernama Edi (Afiq Muiz) yang sentiasa memberi sokongan emosi kepadanya. Bagaimanapun, takdir menentukan apabila Arie ditemui selamat oleh seorang aktivis sukarela. Namun semua ingatannya telah hilang…

‘Menanti Februari’ disiarkan setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di slot Samarinda TV3.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s