NESTLE Perkenal KitKat Mini Dengan Tiga Perisa Baharu

KitKat baru-baru ini melancarkan KitKat Mini dengan tiga perisa baharu iaitu KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha; masing-masing memiliki personaliti tersendiri yang sesuai dinikmati dalam pelbagai suasana.

Kit Kat Mini Caramel dilimpahi dengan citarasa dan tekstur lunak serta sensual, manakala Kit Kat Mini Cookies & Cream memiliki lapisan lembut berkrim yang diapit dengan biskut rangup dan Kita Kat Mini Mocha pula menampilkan aroma kopi sejati yang sungguh menyelerakan.

Keiga-tiga perisa itu meresap ke seluruh bahagian snek jejari dengan aroma lazat dan rasa mewah yang memberikan keenakan yang sungguh memuaskan. Bahagian tengahnya yang berkrim dan wafer rangup bersalut coklat susu yang lembut  pasti memberi kepuasan kepada anda dalam apa jua suasana.

“Kami mempunyai kelebihan dalam mencipta sesuatu yang hebat, lazat dan menyeronokkan untuk dinikmati oleh penggemar KitKat selain menambah keceriaan waktu rehat mereka dengan KitKat. Aspek ini menjadi sangat penting, lebih-lebih lagi dalam dunia masa kini yang pantas dan masyarakat mencari kepuasan segera. Dengan KitKat Mini, kami telah berjaya merekacipta jejari bersaiz snek yang sempurna untuk warga urban yang inginkan segalanya – sesuatu yang mudah tanpa perlu mengabaikan kepuasan. Ia merupakan snek lazat yang membuatkan anda ingin berhenti sejenak untuk menikmatinya di mana sahaja – cara terbaik untuk berehat bagi membolehkan anda meraikan setiap kejayaan yang anda capai sepanjang kesibukan seharian.”-Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlé Malaysia

Goel turut menegaskan komitmen jenama tersebut dalam penggunaan koko mapan dengan berkata,

“KitKat adalah produk konfeksi global pertama yang dihasilkan menggunakan 100% koko mapan yang diperoleh menerusi Rancangan Koko Nestlé. Rancangan tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan kehidupan komuniti penanam koko di Côte d’Ivoire atau Ivory Coast. Ini adalah sejajar dengan matlamat kami untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Sejak Februari 2016, KitKat di Malaysia telah menggunakan 100% koko mapan dalam penghasilan rangkaian produk KitKat di kilang kami di Chembong, Negeri Sembilan.”

Ruang Legar Orange di Sunway Pyramid telah bertukar wajah menjadi KitKat Break Land yang lengkap dengan persembahan kugiran secara live, pelbagai pertunjukan hebat, maskot yang sentiasa mesra dan sebuah pangkin KitKat gergasi. Break Land di Sunway Pyramid yang menampilkan persembahan secara live lima kali sehari dan dibuka kepada orang ramai sehingga 9 April itu akan turut dibawa ke pusat-pusat membeli-belah terpilih di seluruh negara pada April ini.

Pelancaran KitKat Mini ini adalah penambahan kepada keluarga produk bertemakan ‘rehat’ yang terdiri daripada rangkaian produk teras yang amat digemari iaitu KitKat 2 keping dan 4 keping, KitKat Bites, KitKat Rubies bertaraf premium, KitKat Chunky yang sungguh memuaskan dan KitKat Green Tea yang berinspirasika\n Jepun.

KitKat telah meluaskan liputannya ke dalam pasaran produk konfeksi khusus berikutan pengenalan KitKat Chocolatory pada tahun 2016, iaitu suatu konsep yang menawarkan sehingga 10,000 kombinasi perisa untuk membolehkan anda menikmati waktu rehat yang benar-benar memuaskan setiap citarasa. Diilhamkan oleh Chocolatory, KitKat Bar dilancarkan pada Februari 2017.

KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha serba baharu dan lazat boleh didapati dalam pek berisi 8 keping di semua kedai runcit pada harga runcit disyorkan RM12.17.

Nikmati waktu rehat yang memuaskan, nikmati KitKat Mini!

Begini caranya untuk menikmati waktu rehat yang memuaskan dengan KitKat Mini:
1. Tolak wafer keluar daripada pembalut merah.
2. Patahkan sekeping daripada jejari wafer dan nikmati aromanya yang menyelerakan.
3. Nikmati waktu rehat anda yang memuaskan dengan KitKat Mini Cookies and Cream, Mocha dan Caramel!

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat, Sila layari:

Laman jenama – http://www.nestle.com.my/brands/confectionery_and_chocolate/kitkat
Facebook – http://www.Facebook.com/KitKatMalaysia
Laman sesawang rasmi –http://www.kitkat.com.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s