Kempen ‘Detik Penuh Keceriaan 2.0’ Eratkan Hubungan Ibu & Anak

LEXUS, biskut sandwic terlaris dari Munchy’s  kini kembali dengan Kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK) 2.0.

LEXUS_DPK 2.0_Image D

Kempen yang dilancarkan secara rasminya baru-baru ini bertujuan meneruskan usaha jenama ini untuk menggalakkan ibu-ibu menukar rutin harian menjadi detik-detik istimewa bersama anak-anak memandangkan dalam era yang semakin sibuk, ibu-ibu kurang fokus pada hari istimewa. Begit juga momen yang berlaku sepanjang hari juga dilupakan.

Lantaran itu, Kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK) 2.0 dicetuskan atas ilham untuk menggalakkan ibu-ibu meluangkan masa dan minat untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak mereka.

“Berikutan kejayaan tahun lepas, kami amat berbangga untuk meneruskan kempen ini dengan harapan untuk menginspirasikan ibu-ibu dan anak menikmati keceriaan di dalam perkara-perkara ringkas yang mereka lakukan setiap hari untuk mencipta memori yang lebih bermakna bersama. Kami percaya bahawa LEXUS bukan sekadar snek yang lazat untuk dinikmati, malah, akan membimbing mereka melalui pelbagai cara yang mampu mengeratkan hubungan bersama anak-anak mereka tidak kira di mana-mana sahaja pada setiap masa.”

-Imun Lim, Pengurus Besar Pemasaran Munchworld Marketing Sdn Bhd.

Sempena pelancaran kempen itu, LEXUS telah menganjurkan satu bengkel menghias biskut untuk menggalakkan ibu dan anak  mempamerkan kreativiti bersama. Ia dihoskan oleh Hunny Madu, seorang pengacara, penyanyi dan DJ radio tempatan, juga ibu kepada Eva Medina.

“Kita sering menyangka bahawa ia amat mencabar untuk mengukuhkan ikatan dengan anak-anak, terutamanya bagi ibu-ibu berkerjaya di dalam dunia serba pantas ini. Namun, sebenarnya sebagai ibu, kita boleh melakukan aktiviti ringkas seperti mengajar mereka menunggang basikal, membaca kisah dongeng, ataupun menghias biskut bersama mereka sudah memadai. Ini bukan sahaja mampu mencipta memori indah yang amat berharga apabila mereka kian membesar, tetapi ini turut memainkan peranan yang penting dalam membina masa depan mereka.”

-Hunny Madu.

Sempena sambutan Hari Ibu yang bakal menjelma tidak lama lagi, LEXUS juga telah melancarkan Peraduan Detik Penuh Keceriaan bermula dari 1 April hingga 12 Mei 2017. Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi termasuklah baucer percutian, perkakas elektronik rumah, baucer membeli-belah dan hamper LEXUS!

Untuk mengambil bahagian, ibu-ibu digalakkan menghias biskut LEXUS bersama anak-anak dan memuat naik imej rekaan biskut LEXUS yang paling kreatif.

Layari www.munchys.com/lexusdpk untuk megetahui cara bagaimana mengambil bahagian dalam peraduan ini.

LEXUS juga telah melancarkan sebuah TVC bertema sempena kempen ini yang bertujuan memberi penekanan kepada ibu tentang kepentingan menikmati detik-detik indah bersama anak-anak  sambil mencipta memori bermakna dalam membentuk peribadi mereka. TVC terbaru ini boleh ditonton dalam Bahasa Melayu (http://bit.ly/LEXUSTVC_BM) dan Bahasa Cina (http://bit.ly/LEXUSTVC_CHI).

LEXUS mempunyai lima perisa berbeza iaitu coklat, mentega kacang, keju, sayuran dan krim bersalut coklat. Bagi mereka yang ingin menikmati biskut yang lazat ini, ia boleh didapati di kedai runcit, pasaraya hiper dan cawangan jualan runcit di seluruh negara.

LEXUS boleh didapati dalam empat saiz iaitu 57 gm (pek individu) pada harga RM 1.30, 114 gm pada harga RM 2.99, 190/ 200 gm (pek perkongsian) pada harga RM 5.15 dan 456 / 400 gm (pek nilai) pada harga RM8.95. Semua harga yang dinyatakan termasuk GST.

Untuk maklumat lanjut mengenai LEXUS dan kempen Detik Penuh Keceriaan 2.0, sila ikuti:-

Mengenai LEXUS

LEXUS, sejenis biskut sandwic sayuran kalsium dengan inti berkrim. Gabungan sempurna rasa manis dan masin LEXUS melengkapkan kepuasan seseorang. Dengan lima perisa untuk dicuba – coklat, keju, mentega kacang, sayuran dan krim bersalut coklat — untuk menjadikan masa menikmati snek lebih seronok dan memuaskan.

Mengenai MUNCHY’S
Sejak diasaskan pada tahun 1991, MUNCHY’S yang diiktiraf sebagai Jenama biskut No. 1 dari Malaysia*, mempunyai kemudahan perkilangan yang canggih di Batu Pahat, Malaysia, China dan Indonesia. Jenama MUNCHY’S amat kukuh dalam kalangan kategori biskut yang mampu memenuhi semua segmen pengguna. Selaras dengan misi untuk memastikan setiap rumah dipenuhi dengang pelbagai produk MUNCHY’S yang enak, produk-produk MUNCHY’S termasuk MUNCHY’S biskut berkrim, LEXUS biskut sandwic, MUZIC wafer, Oat Krunch dan biskut Captain Munch, kini dijual di lebih daripada 50 buah negara.

Laman Facebook MUNCHY’S yang amat interaktif dan sentiasa dipenuhi dengan pelbagai kejutan mempunyai lebih daripada 188,000 yang menyukai laman ini. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.facebook.com/munchys atau http://www.munchys.com.

*Runcit Indeks Korporat Nilai Saham dari Nielsen, MAT December 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s