The Coffee Bean & Tea Leaf dan Her World Perkenal 15 Buku Testimoni Wanita Malaysia

Kolaborasi kedua-dua pihak adalah sebagai tanda penghargaan atas kejayaan kaum wanita sempena HARI WANITA ANTARABANGSA 2017

CB&TL IWD 2017 (1)_lr

The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) dan majalah Her World telah memperkenalkan buku testimoni 15 wanita Malaysia daripada pelbagai profesion. Antaranya:

  1. Marina Mahathir
  2. Nisha Ayub,
  3. Amber Chia
  4. Ras Adiba Radzi
  5. Ivy Josiah

Majlis pelancaran yang dihadiri oleh Sarah Chen, Dynas Mokhtar dan Samantha Katie James turut berkongsi pengalaman serta kisah kejayaan mereka sebagai tambahan kepada kisah-kisah yang terdapat dalam buku tersebut.

“Kaum wanita di seluruh dunia memberi sumbangan besar dalam setiap jenis industri, tidak kira jika mereka pekerja ladang kopi atau pemimpin korporat. Walau apapun status wanita, kami di CB&TL percaya yang setiap wanita adalah unik dan berhak mendapat peluang untuk mencapai impiannya. Oleh itu, kami sentiasa berusaha bagi memastikan para wanita diberi peluang yang adil dan sama rata di setiap peringkat pekerjaan.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa dan sebagai tanda ulang tahun ke-20 kami di Malaysia, kami berbesar hati untuk menghasilkan buku eksklusif ini dengan kerjasama majalah Her World. Kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada kaum wanita dan adalah suatu penghormatan buat kami untuk berkongsi kisah-kisah wanita hebat ini. Pengalaman-pengalaman berharga yang telah mereka lalui wajar dijadikan inspirasi oleh para wanita di negara ini dan di seluruh dunia.

-Nadiah Ong Abdullah, Naib Presiden CB&TL

Diceritakan daripada perspektif seorang ibu, eksekutif, aktivis dan selebriti, setiap testimoni menceritakan tentang cabaran yang mereka lalui sebelum memperoleh kejayaan. Paling utama, mereka berkongsi bagaimana mereka berjaya menguasai rasa takut dan tidak yakin melalui daya keazaman dan kesungguhan yang tinggi.

Kisah mereka yang penuh keterujaan, menarik dan mencuit hati sememangnya meraikan dedikasi dan perjuangan kaum wanita untuk menggapai impian dan mengejar cita-cita mereka.

Dapatkan salinan buku ini dengan setiap majalah Her World isu Mac dan baca kisah mereka sambil menikmati secawan minuman lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf®.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan promosi CB&TL, layari laman Facebook CB&TL di http://www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau layari laman web mereka di http://www.coffeebean.com.my.

Mengenai The Coffee Bean & Tea Leaf®

The Coffee Bean & Tea Leaf® ditubuhkan di California Selatan sejak 1963 dan ia merupakan perniagaan kopi dan teh hak milik persendirian yang tertua dan terbesar di Amerika Syarikat. Syarikat ini yang terkemuka dalam membekalkan dan menyediakan bahan dan citarasa terbaik dari seluruh dunia berhasrat untuk menghubungkan pelanggan setia mereka dengan produk yang dihasilkan dengan penuh teliti. Selama lebih daripada 50 tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf® telah mempamerkan kesungguhan terhadap inovasi produk dengan minuman The Original Ice Blended® sebagai contoh keunggulannya. Syarikat ini telah berkembang menjadi ikon antarabangsa dan kini mempunyai lebih 1000 restoran di 30 negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.coffeebean.com.my atau http://www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s