Inginkan Waktu Bersendirian? Nikmatinya Bersama La Cremeria Classically Mint

Sesekali ingin juga waktu peribadi apatah seharian bertungkus lumus menjaga keluarga. Jadi apa kata nikmatinya bersama aiskrim perisa pudina terbaru dari La Cremeria.

 

IMG_0523_FINAL

La Cremeria® Classically Mint adalah aiskrim yang disediakan secara khas untuk mengingatkan wanita bahawa ‘The World Can Wait’ — nikmatilah waktu peribadi bersama aiskrim La Cremeria yang enak lagi memuaskan.

“Misi kami tertumpu pada pengguna kami khasnya golongan wanita  dalam membantu mereka memperoleh detik-detik kecil bagi memanjakan diri sambil mengharungi kehidupan harian mereka. Dengan pemahaman ini, kami telah memperkenalkan perisa baharu yang boleh menyampaikan mesej ini. La Cremeria® Classically Mint pasti akan mengagumi pengalaman deria pengguna. Peminat aiskrim pasti teruja dengan aiskrim berperisa pudina ini yang lembut dan berkrim, juga ditaburkan dengan biskut ranggup dan disalut coklat yang memberikan tektur yang memuaskan.” -Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream. “

Bagi meraikan pelancaran ini, La Cremeria® mempelawa beberapa wanita mithali yang memberi inspirasi pada wanita lain di luar sana iaitu pelakon dan personaliti TV Sarah Lian, jurulatih gaya hidup Sharmini Hensen dan Pengurus Pemasaran Konsumer Aiskrim Nestlé, Farrah Salina Norman,

“La Cremeria® ingin mengingatkan kaum wanita untuk mengutamakan mental, emosi dan fizikal mereka. Adalah mustahak untuk mereka meluangkan masa untuk diri sendiri tatkala mengharungi hidup yang sibuk, dalam masa yang sama, dapat mengutamakan empati, kepuasan hidup dan harga diri.” jelas Yit.

Classically Mint adalah perisa terbaru jenama La Cremeria® yang telah wujud di pasaran tiga tahun lepas. Perisa lain termasuk Absolutely Almond dan Heavenly Chocolate.

La Cremeria® Classically Mint disediakan dalam hidangan kepingan batang 75ml dan Mini Multipacks, pada harga runcit yang disyorkan RM3.50 dan RM10.92. Produk ini kini boleh didapati di pasaran di seluruh Malaysia.

Ikutlah La Cremeria® di Facebook untuk maklumat lanjut mengenai acara La Cremeria® Classically Mint di pasaran.

Mengenai Nestlé Ice Cream

Nestlé dalah pengeluar terbesar produk aiskrim di Malaysia. Nestlé Ice Cream mengilang dan memasar sebarisan produk aiskrim berjenama seperti:
● NESTLÉ MAT KOOL – aiskrim paling popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia, diperbuat daripada ramuan paling selamat dan bermutu, mengandungi pelbagai perisa menyegar, ‘cool’ lagi hebat.
● NESTLÉ DRUMSTICK – jenis kon yang disediakan dalam aneka perisa dan sajian sampingan, rasa dan tekstur yang berbeza dalam kon rangup
● NESTLÉ LA CREMERIA – aiskrim premium hidangan rasa diperkaya dengan krim, tekstur lembut dan pelbagai rasa tambahan lazat bagi memuas penggemar kemanisan
● NESTLÉ BLUE TUB 1.5L – jenis aiskrim klasik yang mantap dan sesuai untuk dikongsi seisi keluarga

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan kesemua 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari http://www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s