Selera Desa Kembara Iftar AnCasa Hotel & Spa Imbas Kenangan Lama

Sudah pun memasuki bulan Syaaban, tidak lama lagi Ramadhan bakal menjengah.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, AnCasa Hotel & Spa meraikan bulan mulia ini dengan menyajikan pelbagai hidangan berbuka untuk pelanggannya.

IMG20170412120728

Tahun ini, AnCasa Hotel & Spa bakal membawa pelanggannya merasai hidangan berkonsepkan “Selera Desa Kembara Iftar di Kuala Lumpur”.

Konsep ini menyingkap semula kenangan lama melalui menu masakan kampung yang memang tidak hilang ditelan zaman. Menariknya, juadah yang dihidangkan mengikut tempat-tempat lama yang dahulunya amat terkenal sehingga kekal terpahat dalam memori.

IMG20170412120511

Antara tempat yang disingkap semula adalah Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney, Warong Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road.

IMG20170412115720

Antara sajian unik yang akan dihidangkan kelak adalah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Roti Canai Pandan dan banyak lagi yang pastinya membuat anda kecur air liur dan tidak sabar untuk merasainya!

IMG20170412120403

Bagi peminat durian, jangan lepaskan peluang merasa Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol Lempok, Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian yang turut disajikan di sini.

Menu-menu yang disajikan akan dihidang secara bergilir-gilir dan terdapat lebih daripada 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Tawaran harga istimewa diberikan kepada kepada pelanggan yang menempah baucar awal, iaitu pada harga serendah RM58 bersih. Tawaran ini terhad dan sah sehingga 15 Mei 2017. Selepas tarikh itu, ia dijual pada harga RM68 bersih untuk orang dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak.

Sebarang pertanyaan, hubungi:

Saffron Brasserie di 03-2026 6060 sambungan 7703.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s