Kunjungi The Chicken Rice Shop Untuk Rasai Ais Kacang Telur Masin

Biar betul! Agak-agaknya apa aje rasa Ais Kacang Telur Masin yang dicipta oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) ni.

IMG-20171219-WA0007

Mengguna produk Etika Group of Companies (Etika) iaitu susu Dairy Champ, TCRS mengguna produk itu untuk digandingkan bersama ciptaan terbarunya iaitu Ais Kacang (ABC) Telur Masin.

Ciptaan inovasi terbaharu ini adalah sebagai tanda ingatan dalam memperbaharui perkongsian antara TCRS dan Etika yang telah diadakan di cawangan TCRS di pusat beli-belah Mid Valley. Kerjasama ini bukannya satu perkara baru malah sebenarnya kedua-dua syarikat ini telahpun bekerjasama lebih 15 tahun memandangkan Etika adalah pembekal kepada TCRS.

Sebab itu tidak hairanlah jenama produk di bawah Etika telah banyak digunakan oleh TCRS dalam meghasilkan hidangan yang enak dan sedap.

Dalam majlis tandatangan itu, ikon perniagaan dan Ratu sosial media, Dato’ Seri Vida yan juga Duta kepada Dairy Champ turut hadir memeriahkan majlis. Kehadiran beliau menunjukkan sokongan padunya bersama Pengarah Urusan yang juga Pengasas TCRS, Gaik Wong dan Presiden & Ketua Pengawai Eksekutif Etika, Erwin Selvarajah yang sama-sama melancarkan menu hidangan terbaru itu.

Dalam majlis itu juga telah diadakan sesi pembidaan di mana tetamu yang hadir membuat bidaan untuk Ais Kacang berkenaan. Hasil bidaan tersebut bakal disalurkan kepada MERCY yang aktif dalam kegiatan memberi bantuan kepada mangsa banjir.

“Kami teruja kerana menjadi pilihan produk jenama oleh TCRS dan bersama-sama memnghasilkan menu inovasi yang enak mengguna Dairy Champ Evaporated Creamer serta Dairy Champ Sweetened Creamer. Kami mempunyai kerjasama yang lama dengan TCRS dan hasil daripada kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen kami dalam memceburi bidang baru bersama. Selain itu kami ingin bersama-sama TCRS dalam memberi sumbangan untuk mereka yang memerlukan. Tragedi banjir baru-baru ini adalah satu bencana besar yang menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kehilangan tempat tinggal. Sebagai tanda tanggungjawab kepada orang ramai kami mencipta ABC Telur Masin yang termahal dan dengan itu hasil daripada bidaan boleh disalurkan kepada kehidupan mangsa banjir.”

-Erwin Selvarajah

Diharapkan kerjasama kedua-dua pihak ini, orang ramai dapat menikmati pengalaman makan yang sedap sambil menikmati ABC Telur Masin.

“Kami di TCRS sentiasa mencuba mencari menu terbaharu untuk pelanggan kami. dengan adanya menu inovasi terbaharu ini, pelanggan TCRS akan dapat menikmati keenakannya dan berasa gembira memakannya.”

-Gaik Wong

Harga untuk menu terbaharu ini adalah RM9.90 semangkuk.

Untuk maklumat lajut, layari http://www.etikaholdings.com/our-brands#DairyChamp atau http://www.thechickenriceshop.com

 

Advertisements

Titip Luahan Kasih Melalui Wartikah Julie’s

Tahun baru adalah masa untuk menjalinkan kasih sayang. Oleh itu, Julie’s ingin merayakan sambutan tahun baru melalui kempen “What’s Your Love Letter” yang memberi peluang kepada anda untuk menitip surat kepada yang tersayang.

Kempen “Titipkan Luahan Kasih Anda” memberi peluang kepada anda menulis surat ataupun wartikah kepada insan yang anda kasihi. Julie’s ingin memberi galakan kepada semua orang untuk mengirim salam mesra kepada orang ramai dengan “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda” dan menyambut musim perayaan Tahun Baru Cina dengan nilai kasih sayang dan kemesraan sesama keluarga.

Alangkah indah sekiranya hidangan kuih-muih dan hadiah-hadiah mahal khas dibeli pada musim perayaan diserikan lagi dengan luangan masa emas bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang tercinta. Biskut Julie’s Love Letters juga tidak harus dilupakan sebagai santapan pada hari keriangan sambutan Tahun Baru Cina.

Pengurus Kanan Jualan Julie’s Malaysia, Dennis Swee Jing Wei:

“mereka berniat meneruskan tradisi tahunan ini kerana ingin menggalakkan orang ramai meluahkan kasih sayang mereka dengan cara yang agak istimewa iaitu melalui penulisan wartikah ataupun yang kini sememangnya jarang didapati. Pada masa yang sama, mereka juga membawa harapan bahawa orang ramai mengambil inisiatif untuk mengambil berat serta berkongsi kasih sayang antara satu sama lain dan seterusnya berupaya membina masyarakat yang lebih prihatin.

Bilakah kali terakhir anda menggunakan pen untuk menulis sesuatu? Sentiasa terlepas peluang untuk berkongsi suka dan duka anda bersama ahli keluarga? Tiada keberanian untuk luahkan perasaan terpendam terhadap pasangan ataupun keluarga? Ini merupakan detik masa yang sesuai untuk anda mengetengahkan orang yang tersayang dan bukannya semata-mata fokus pada telefon bimbit anda.” 

Semenjak awal permulaan pada tahun 2015, kempen Julie’s “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda” telah menerima sambutan yang hangat daripada orang ramai.

Kempen Julie’s “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda” telah dijalankan dengan beberapa cara. Antaranya melalui kiriman poskad yang dianjurkan pada tahun sebelumnya, serta meneruskan usaha menyebarkan kasih sayang melalui dedikasi secara pertuturan untuk mengukuhkan perhubungan antara satu sama lain.

Beliau turut menyatakan bahawa dengan adanya kempen ini, orang ramai akan mula mengambil berat serta mengirimkan salam kasih sayang melalui “wartikah cinta”, dan secara tidak langsung membantu menggembirakan mereka yang lebih memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kempen pada tahun ini juga turut memberi galakan kepada orang ramai untuk mengirim ataupun menyampaikan keberkatan kepada orang yang tidak dikenali untuk bersama-sama menjadikan dunia ini lebih aman dan harmoni.

“Bagi merayakan Tahun Baru Cina pada tahun ini, kami telah merekabentuk beg istimewa keluaran Julie’s edisi terhad bersempena dengan biskut Julie’s Love Letters 700 gram. Di dalam beg tersebut turut diselitkan bersama ‘Love Note’ untuk anda menulis warkah kasih untuk orang ramai sebagai tanda penghargaan oleh anda kepada mereka. Pada tahun baru ini, Julie’s berharap dapat membawa lebih harapan dan kasih sayang kepada semua orang.’’ 

Julie’s akan meneruskan “What’s Your Love Letter? –Titipkan Luahan Kasih Anda” dan promosi Tahun Baru Cina di sekitar Semenanjung Malaysia dalam tahun 2018.

Luahkan Kasih Sayang Anda dan berpeluang Memenangi Rantai Tangan Emas 24K

Bertambah lagi peluang anda untuk menzahirkan kasih sayang anda kepada orang ramai! Tahun ini, Julie’s Love Letters telah melancarkan peraduan ‘“What’s Your Love Letter? ”. Beli dua tin biskut Julie’s Love Letters 700gram (8 Januari-11 Februari 2018), dan tuliskan mesej cinta anda yang tidak melebihi 20 perkataan pada ‘Love Note’ yang disediakan. Isikan maklumat peribadi anda seterusnya lampirkan sekali resit pembelian dan masukkan ‘Love Note’ anda ke dalam beg bertuah (Fudai) yang besar di gerai promosi Julie’s atau hantar melalui pos. 50 mesej cinta yang paling kreatif dan menyentuh perasaan akan berpeluang untuk memenangi rantai tangan mewah emas 24K . 10 pemenang bertuah akan dipilih pada setiap minggu.

Memberi Rahmat kepada Semua pada Tahun Baru Cina

Mengikut tradisi Cina, setiap kediaman akan dihiasi dengan perkataan “福” (fu) yang membawa maksud kerahmatan sewaktu sambutan Tahun Baru Cina dengan harapan akan membawa kerahmatan kepada keluarga. Tahun ini, anda akan membawa bertuah pulang rumah dengan biscuit Julie’s Love Letters!

Sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai atas sokongan berterusan yang telah diberikan selama ini, Julie’s akan menjelajah ke seluruh Malaysia untuk menghantar “福” (fu) ataupun kerahmatan kepada semua. Promosi Tahun Baru Cina Julie’s kempen “What’s Your Love Letter?” akan dilangsungkan sepanjang 19hb hingga 21hb Jan, 26hb hingga 28hb Jan, dan 2hb hingga 4hb Feb yang akan bertempat di Selangor, Pulau Pinang, Ipoh, Johor, Kedah, Pahang dan Melaka.

Pada tahun ini, Julie’s akan meneruskan kempen “What’s Your Love Letter?” bersama sesi jelajah di 35 lokasi yang dinyatakan di rajah bawah untuk berpeluang mendapatkan beg-beg bertuah istimewa serta memenangi hadiah-hadiah menarik dan baucar. Selain daripada barangan jenama Julie’s, orang ramai juga boleh memenangi rantai tangan emas! Jangan lepaskan peluang untuk membawa kejutan ini balik ke rumah!

Tambahan pula, 188 pelanggan yang pertama membeli dua tin biskut Julie’s Love Letters ram pada setiap hari Sabtu sekitar jam11 pagi semasa promosi berlangsung, akan menerima biskut Julie’s Love Letters 400 gram dan beg bertuah istimewa edisi terhad keluaran Julie’s.

Lokasi-lokasi Promosi Tahun Baru Cina kempen Julie’s “What’s Your Love Letter?

  • 19hb hingga 21 Jan 2018 Aeon Cheras Selatan, Kuala Lumpur
  • Aeon Big Kepong, Kuala Lumpur
  • Giant Batu Caves, Selangor
  • NSK Selayang, Selangor
  • Tesco Penang Extra, Pulau Pinang
  • Pacific Alor Setar Mall, Kedah
  • Billion Jelapang, Perak
  • TF Value Mart Sg. Siput, Perak
  • Maslee Setia Indah, Johor Bahru, Johor
  • Giant Plentong, Masai, Johor
  • Pacific Batu Pahat, Johor
  • 26 ke 28 Jan 2018 Aeon Bukit Tinggi, Klang, Selangor
  • Tesco Puchong, Selangor
  • Mydin Subang USJ, Selangor
  • NSK Kuchai Lama, Kuala Lumpur
  • Aeon Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur
  • Aeon Bandaraya, Melaka
  • NSK, Seremban 2, Negeri Sembilan
  • TF Value Mart Bt. Gajah, Perak
  • TF Value Mart Botani, Perak
  • Econsave Desa Cemerlang, Mukim Terbau, Johor
  • Aeon Big Sutera Mall, Johor Bahru, Johor
  • Billion Seberang Jaya, Pulau Pinang
  • Gama Supermarket, George Town, Pulau Pinang
  • 2hb hingga 4hb Feb 2018 Tesco Kepong, Kuala Lumpur
  • Aeon Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur
  • NSK Klang, Selangor
  • TF Value Teluk Intan, Perak
  • Billion Lumut, Sri Manjung, Perak
  • Aeon Terbau City, Johor Bahru, Johor
  • Tunas Manja Air Putih, Kuantan, Pahang
  • TF Value Mentakab, Pahang
  • Family Store Bachang, Melaka
  • Sunshine Square, Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Sunshine Farlim, Ayer Itam, Pulau Pinang

Persiapan Tahun Baru Cina Jadi Mudah Dengan 11street

Memandangkan banyak barang yang perlu disediakan oleh mereka yang menyambut kedatangan tahun baru ini, maka 11street bekerjasama dengan Just Order Conveniently On Mobile (JOCOM) menawarkan pembelian barangan dan beli-belah secara online.

Photo 1_lowres

“Semain ramai rakyat Malaysia yang sudah mulai membeli barang keperluan rumah secara online dan sehingga hujung tahun 2017, terdapat peningkatan dalam pembelian online bagi kategori produk tersebut. Ini memberi keyakinan kepada 11street untuk bekerjasama dengan JOCOM dalm menjadi platform e-dagangan yang menawarkan produk segar, produk sejuk beku dan bahan yang diperlukan untuk meraikan Tahun Baru Cina. Dengan jalinan kerjasama ini akan dapat memberi peluang kepada pengguna untuk mengguna platform kami sebagai tempat membeli-belah sempena kedatangan tahun baru nanti.”

-Bruce Lim-Naib Presiden, Merchandising 11street.

Photo 4_lowres

Kerjasama dengan JOCOM tidak terhad kepada penjualan produk tetapi juga kepada terbitan program masakan 10 episod iaitu “Cooking Up Prosperity” yang ditayangkan secara online.

Ia menampilkan cef terkenal, Cef Cheah Kee Khiang dan pengacara Wong Chui Ling yang akan memasak hidangan Tahun Baru Cina menggunakan bahan-bahan yang boleh dibeli di 11street.

“Apabila kami mula bekerjsama dengan 11street tahun lepas, kami ingin menambah bilangan pengguna dan paling penting, kami ingin memberi kemudahan membeli-belah barangan keperluan harian secara online. Selain itu, kami juga menghasilkan program masakan untuk membantu pelanggan kami yang menyambut tahun baru menyediakan makanan dengan mudah tanpa perlu keluar umah.”

-Joshua Sew, Ketua Pengarah Eksekutif, JOCOM.

Program masakan yang ditaja oleh Clio, Desa Home, Electrolux, F&N, Khind, Kinohimitsu, Maggi, Onenot-enough, Philips, Sharp, SJK Electrical, Starbucks, Sublime dan Trine Nexus akan ke udara pada setiap hari Selasa dan Khamis. Ia berlangsung selama 10 minit sahaja. Antara menu yang bakal disediakan adalah Golden Prosperity (Fried Prawn with Salted Egg Floss), Tremendous Opulence (CNY Cae with Taro & Sweet Potato) dan Superior Smooth Porridge.

Menariknya, sempena tahun baru ini, 11street akan mengadakan promosi diskaun sehingga 50% dan penghantaran percuma bagi lebih 3,000 barang elektrik serta keperluan rumah.

Selain itu, bagi pelanggan 11street, mereka juga boleh menikmati penjimatan tambahan dengan melawat “Promotion Page” untuk memuat turun kupon diskaun bermula dari RM20 bermula hari ini sehingga 4 Mac akan datang.

Untuk maklumat lanjut, layari http://promotion.11street.my/2018/01/cooking-prosperity.

Dalam majlis itu juga, JOCOM telah menerima akuan daripada Malaysia Book of Records untuk anugerah “First Grocery Mobile Commerce App”. Anugerah itu disampaikan oleh Tan Sri Danny Ooi, Pengasas Malaysia Book of Records sambil disaksikan oleh YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

GALITO Pilih Malaysia Sebagai Destinasi Pembukaan Pertama di Asia Tenggara

Restoran ayam panggang dari Afrika Selatan menjadikan pusat beli-belah eCurve sebagai lokasi pertama pembukaannya.

Galito's Brand Day

Mempunyai 150 restoran di 15 buah negara, Galito terkenal dengan sajian bertemakan Afrika terutamanya hidangan ayam panggang yang menjadi pilihan pelanggan mereka.

Keistimewaan ayam panggang yang dihasilkan oleh Galito adalah ia diperap selama 24 jam menggunakan rempah ratus terpilih.

Untuk pengetahuan, restoran ini dibuka oleh Louis Germishuys yang ingin berkongsi sajian hebat dari Afrika Selatan dengan orang ramai.

“Kami percaya dengan memelihara tradisi Galito yang menawarkan sajian Afrika kepada pelanggan. Kami inginkan pelanggan kami merasai hidangan yang enak dan memberi perkhidmatan yang bagus kepada mereka. Kami percaya juga ayam panggang Galito yang boleh didapati pada harga aberpatutan akan menjadi kesukaan rakyat Malaysia.’

-Louis Germishuys

IMG-20171212-WA0002

Restoran francais yang dipegang oleh Ri-Ya Global Food menyajikan aneka hidangan enak antaranya Galibowl, Liver and Roll, Chilli Beans, Fresh Sweet Potato, Salad, Mushroom Soup, Coleslaw, Chilli Beans dan banyak lagi.

Hidangan utama Galito:

  • Ayam panggang (1/4)-RM11.50 (One side RM13.90 & two sides RM15.90)
  • Ayam panggang (1.2)-RM17.90 (One side RM20.90 & two sides RM23.90)

“Kami nampak banyak peluang untuk Galito di Malaysia apatah lagi rakyat sini memang gemarkan ayam dan suka merasai menu terbaru. Jadi pelanggan akan pasti menyukai Glito yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan memandangkan makanan di estoran ini semuanya pberpatutan dan enak. Pasti pelanggan akan merasai keenakan hidangan Afrika Selatan.”

-Dato’ Shaheen Shah, Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Ya Grop.

Ingin tahu bagaimanakah rasa sajian Afrika Selatan? Kunjungi restoran Galito di eCurve yang terletak di aras G02-G03 berdekatan pintu masuk utama.

Bersama Raikan Krismas & Tahun Baru di Best Western PJ

Sempena kedatangan Krismas dan Tahun Baru tidak lama lagi, Hotel Best Western Petaling Jaya memperkenalkan menu bufet terbaru beserta program kebajikan yang mana setiap tempahan bufet dan makan malam koktel, RM2 akan diberikan untuk program kebajikan tesebut.

IMG20171206150313

Hidangan bufet dan makan malam ini boleh dinikmati di Kembali Kitchen dan SkyZ Dine & Bar.

Harga yang dikenakan adalah:

Makan Malam Bufet Krismas (Kembali Kitchen-24 Disember@6.30 pm ke atas)

  • Dewasa-RM88 net
  • Kanak-kanak (5-12)-RM44

Pelbagai pilihan makanan disediakan dari tempatan hinggalah antarabangsa.

Antaranya Roast Turkey with Chestnut Stuffing Cranberry Sauce & Giblet Gravy, Chrismas Yule Log, English Fruit Cake, New York Cheese Cake, Stuffed Chicken Breat with Fruit Sauce, Oven Roasted Seabass with Green Andred Caspicum Cream SauceSeafood Paella with Raisins and Nuts, Sherperd Pie, Medallions of Beef with Balsamic Sauce dan banyak lagi.

IMG20171206151242
Stuffed Chicken Breast with Fruit Sauce (Kanan) & Oven Roasted Seabass with Green And Red Capsicum Cream Sauce (kiri)
IMG_8013-A
Seafood Paella with Raisins & Nuts

 

Pelanggan pula boleh berhibur dengan melibatkan diri dalam aneka aktiviti antaranya cabutan bertuah, persembahan busker, penampilan Santa Claus dan banyak lagi.

“Kami menyediakan hidangan menu bufet mengikut cita rasa pelanggan”
-Cef Amin

Makan Malam Koktel Tahun Baru (Sky Dine & Bar- 31 Disember@6.30 pm ke atas)

  • Dewasa-RM78
  • Kanak-kanak (5-12)-RM39

Sama seperti makan malam bufet Krismas,aneka aktiviti disediakan untuk pelanggan sambil menanti kehadiran tahun baru 2018.

“Kami tidak pernah melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Untuk menunjukkan semangat perayaan yang penuh kasing sayang, setiap tempahan makan malam, sebanyak RM2 akan disumbangkan pada badan kebajikan.”
-Francis Alberto, Pengurus Besar Best Western PJ

Hubungi no di bawah untuk tempahan:
019-7778150 (En Murli)/ 019-7774140 (Cik Prem)

Nikmati Sup Berkhasiat Dalam Satu Tin

NutriSUP Ayam Brand, anda boleh nikmati sup berkhasiat dengan cara mudah.

Dengan kedinginan musim tengkujuh, memang sedap jika kita dapat menikmati semangkuk sup panas ayam bebas hormon, akar-akar berkhasiat dan sayuran yang dimasak menggunakan tekanan tinggi.

Lebih elok lagi jika anda dapat menikmatinya semudah membuka satu tin!

Kini anda boleh berbuat demikian dengan NutrisSUP, satu tambahan baharu kepada barisan makanan bertin berkualiti tinggi; menyihatkan; mudah; bebas pengawet dan tiada MSG oleh Ayam Brand™.

Terdapat tiga pilihan barisan NutriSUP iaitu:

  • Ketulan Ayam dengan Akar Teratai dan Goji
  • Ketulan Ayam dengan Cendawan Tea Tree
  • Ketulan Ayam dengan Burdock dan Goji.

Dimasak menggunakan tekanan tinggi, daging ayamnya amat lembut dan berjus manakala supnya pula mengekalkan khasiat dan kebaikan akar teratai; goji; cendawan tea tree dan burdock.

Ayam yang digunakan untuk NutriSUP adalah bebas hormon dan bebas antibiotik untuk memberikan anda ketenangan fikiran.

Ayam Brand mahukan lebih ramai pengguna menikmati sup berkhasiat yang padat dengan kebaikan semulajadi tradisional, sama seperti yang dimasak oleh nenek dan ibu mereka namun boleh dinikmati dengan mudah; terus sahaja dari tin.

Buka tin NutriSUP anda, panaskan dengan perlahan dan anda sudah boleh menikmati kebaikan semulajadinya, selazat masakan ibu.

Akar Teratai
Akar bunga teratai dianggap snek lazat serta berkhasiat dalam masakan Asia dan sering digunakan sebagai rawatan herba . Secara tradisi, ia digunakan untuk memperbaiki penghadaman; mengurangkan kolestrol; memperkuatkan sistem imunisasi; melancarkan perjalanan darah dan mengekalkan aktiviti enzim yang baik dalam badan .

Beri Goji
Kebanyakan pakar makanan menganggap Beri Goji sebagai makanan super kerana khasiatnya yang rendah kalori; bebas lemak; kaya serat dan mempunyai cirri-ciri anti-oksid . Beri Goji kaya dengan protein dan tinggi kandungan karbohidrat kompleks yang mengambil lebih lama masa untuk diuraikan dan mengrangkan kejutan gula. Beri Goji secara tradisinya digunakan untuk meningkatkan imunisasi dan dikatakan mampu memperbaiki ingatan serta perkembangan otak .

Cendawan Tea Tree
Dikenali secara saintifik sebagai Agrocybe Aegerita, namanya Cinanya 茶树菇, bermaksud Cendawan Tea Tree. Ia mempunyai rasa buah berangan dan penggunaannya direkodkan sejak tamadun Greek dan Roman. Cendawan Tea Tree mengandungi lebih banyak potasium berbanding kebanyakan sayuran atau buah-buahan. Potasium membantu mengekalkan ritma jantung normal; keseimbangan cecair; otot dan fungsi-fungsi saraf . Secara tradisi, Cendawan Pokok Teh digunakan oleh masyarakat Cina untuk penjagaan kesihatan perut serta memastikan usus mendapat khasiat yang secukupnya.

Akar Burdock
Tumbuh secara semulajadi di utara Asia dan Eropah, akar burdock telah digunakan sejak berkurun lama sebagai ubatan holistik untuk merawat pelbagai penyakit, termasuklah sebagai diuretic dan bantuan penghadaman memandangkan ia merupakan sumber bukan kanji terbaik polisakarida seperti inulin, glucoside-lappin dan musilaj yang bertindak sebagai pelaw . Ia juga dikenali dengan kebolehannya untuk membersihkan darah, menguatkan tulang dan membina sistem saraf .

Halal Certified
Barisan NutiSUP Ayam Brand™ disahkan Halal oleh JAKIM.

Kesemua varians NutriSUP Ayam Brand™ kini boleh didapati di seluruh negara pada harga cadangan jualan RM9.00 (termasuk 6% GST) bagi tin 410ml.

Untuk maklumat lanjut sila layarai pautan http://www.ayambrand.com.my

 

Marigold Peel Fresh Encourage Healthy Eating for Children

As Malaysia’s No.1 Pasteurised Fruit Juice drink choice, the nation’s drink of choice aims to address the country’s alarmingly low intake of fruits and vegetables, especially amongst the younger generation through its MARIGOLD PEEL FRESH Daily Fruit Goodness roadshow.

Photo 3 (1)

The campaign which kicked-off in July saw its brand ambassador, Lisa Surihani uniting parents via a panel discussion to address the decline in consumption of fruits and vegetables amongst Malaysians and a parent’s role in encouraging healthy lifestyle choices for their families.

“As a mother of two, my husband and I try to set a good example and are more conscious about what we consume by involving our children in the selection of fruits and vegetables at home. We make it a point for our household meals to be balanced and consist of leafy greens and nutritious fruits. Despite our busy schedules, we find it important to find time to sit down and enjoy a family meal together for better quality family time.”

Sharing their views on modelling healthy habits for their families alongside Lisa Surihani, were Audrey Ooi (fourfeetnine) and Aliza Yasmin (Lizzie), who have made names for themselves through their parenting and family stories, especially within the motherhood community.

Both panellists agreed that the campaign provided an excellent platform for parents to come together and share their own experiences on trying to cultivate healthy lifestyle choices amongst their children. The panel discussion offered tried and tested methods used in making it a more fun experience for the younger generation to incorporate fruits and fruit juices as part of a balanced diet.

Commenting further on the roadshow, Michael Ong, Deputy General Manager, MARIGOLD PEEL FRESH said,

“We understand the challenges faced by parents, especially in this competitive environment that we live in today where everyone is always on the go. It is especially difficult for parents to encourage their children to have the recommended two servings of fruits and vegetables daily when they have difficulties doing so themselves. The campaign is in support of the recommendation and MARIGOLD PEEL FRESH serves to complement the daily recommended servings for extra daily fruit goodness. It is convenient and it comes in its ready-to-drink packaging.”

For more information on the  upcoming events for MARIGOLD PEEL FRESH, please visit https://www.facebook.com/ilovepeelfresh.my/.