OhMostWanted Menjaga, Mencantikkan dan Merawat Kulit

Ingin produk yang bukan sahaja mencantikkan malah merawat kulit, lebih-lebih lagi tidak perlu was-was dengan kandungan bahan yang digunakan dan mesra wudhu?

OhMostWanted jawapannya!

IMG20171230142125

Lahir daripada minat pelakon Nora Danish terhadap bidang kecantikan dan penjagaan wajah sejak dari kecil lagi, produk OhMostWanted juga diinspirasikan daripada pengalama Nora melancong ke luar negara. Ia juga diaspirasikan melalui pengamatan kepada perkara yang cantik, youthful, cute dan sangat feminis.

Sudahpun memasuki tahun ke-3, OhMostWanted mulai aktif dengan kedatangan tahun baru 2018 selepas dua tahun team OhMostWanted bertungkus-lumus melakukan kajian pasaran, market validation dan penyelidikan.

Selama dua tahun itu juga, Nora banyak terlibat secara langsung di belakang tabir erana masih terikat dengan beberapa kontrak sebagai Duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan.

Keunikan produk OhMostWanted adalah pada kandungannya yang diformulasikan oleh dua rakan perniagaan Nora iaitu Dr Aina dan Dr Azri yang mana kedua-duanya adalah doktor aesthetic (kecantikan) dari Klinik Hana menjadikan produk berkenaan dalam kategor Cosmeuceutical atau kosmetik serta farmasutikal.

 

Buat masa ini, produk di bawah OhMostWanted terdiri daripada:

  • Magic Foundation with SPF 50
  • Pout-fect Lip Cream
  • Magic Blender dan
  • Magic Wand

Keempat-empat produk di atas boleh digunakan sebagai kegunaan harian.

Setakat ini, respon yang diperoleh daripada pelanggan, rata-ratanya berpuas hati dengan kualiti produk terutamanya Magic Foundation kerana ia ringan, mudah dibawa, mudah ditanggalkan, mesra wudhu dan mampu membantu menyelesaikan masalah kulit mereka.

Seawal bulan ini, beberapa produk untuk siri Pro-face-sional yang sesuai untuk penggunaan lebih ‘berat’ seperti menghadiri majlis-majlis tertentu bakal dikeluarkan.

Kesemua produk OhMostWanted boleh didapati di semua cawangan Play Up Advance antaranya di Fahrenheit88, Bukit Bintang, klinik-klinik kecantikan dan farmasi terpilih, kedai online seperti MySmink, BeautyBrowse dan PinkboxCereal, rakan pengedar di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei atau di laman web http://www.ohmostwanted.com.

Berita baik bagi yang ingin menjadi rakan perniagaan produk ini, Nora membuka peluang untuk mereka mengedarkan produk dengan modal yang rendah namun margin keuntungan yang tinggi sebagai tambahan pendapatan. Pelajar universiti, suri rumah malah sesiapa sahaja boleh menjadi sebahagian team OhMostWanted ini!

Harapan Nora adalah untuk melihat jenama OhMostWanted dikenali di seluruh Malaysia sebagai satu jenama cosmeuceutical yang dipercayai. Team OhMostWanted sedang giat berusaha untuk meluaskan saluran pengedaran agar memudahkan pengguna mendapatkan produk berkenaan. Tahun ini juga, Nora sedang mengintai peluang eskport ke Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara Eropah dengan kerjasama rakan niaga strategik di sana.

Advertisements

Eleanor: Kombinasi Mekap Bersama Art Aesthetics

Sasa perkenalkan produk kosmetik eksklusif lagi elegan dari jenama “Eleanor”

Dengan rekaan Inggeris klasik yang cantik menyerlahkan lagi konsep yang dibawa oleh Eleanor iaitu “being beautiful never goes out of Art”. Ia direka dengan mengguna kombinasi “makeup” bersama “art aesthetics” kerana Eleanor percaya dalaman semua wanita mengimpikan “beauty breeds art” yang mana ia dapat menjadikan wanita lebih cantik dan berketrampilan.

Rangkaian produk kecantikan dan mekap Eleanor in dihasilkan di Jepun dan malah telah menerima pengiktirafan daripada kerajaan Jepun.

Baru-baru ini, produk Eleanor telah pun dilancarkan oleh Sasa Hong Kong pada Jun 2017 lalu dan telahpun berada di pasaran tempatan. Ia boleh dibeli di 20 cawangan Sasa seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari http://eleanor.world atau http://www.sasa.com.my, juga di instagram:@Eleanor.World

Eve Duet, Dua Haruman Dalam Satu Dari Avon

Bukan sahaja makanan dan minuman yang ada 2 in 1. Sekarang minyak wangi Avon Eve Duet Eau de Parfum turut tawar dua haruman dalam satu.

IMG20180111151415

Bakal dilancarkan 1 Mac 2018, minyak wangi ini boleh digunakan berasingan mahupun dilapisi bersama untuk mencipta haruman signatur anda secara tak langsung menyerlahkan personaliti dan sisi anggun ands sebagai seorang wanita!

Dicipta oleh Master Perfumer dari IFF, Jean-Marc Chaillan, dua haruman yang kekal lama ini berkongsi satu nota utama yang mencetus harmoni apabila dipakai bersama. ia dihasil mengguna bunga teratai Amazon eksotik yang hanya mekar selama 3 hari dalam setahun. Bauan segar bunga-bungaan menyerlahkan lagi haruman flora sensual memikat.

Keunikan bunga teratai eksotik yang digunakan adalah ia berubah warna dan aroma bermula dari fajar hinggalah ke senja menjadikannya simbolik kepada setiap watak serta sisi wanita yang berlainan menjadikannya asas terpenting dalam penghasilan Eve Duet.

‘Kolaborasi bersama Avon dan kerana penghormatannya yang teguh kepada pengguna, kami telah bergabung untuk mencipta haruman yang indah dan sememangnya unik.”

-Jean-Marc Chaillan.

Bagi mencermin keplebagaian sisi Eve Duet, Avon telah memperkenalkan pelakon Eva Mendes sebagai wajah Eve Duet. Eva adalah selebriti antarabangsa yang berbakat dan terkenal kerana memegang pelbagai watak yang dimiliki oleh seorang wanita moden.

Selain berlakon, beliau juga adalah ibu kepada dua cahaya mata, pereka fesyen dan usahawan berjaya. Eva memancarkan personaliti yang pintar, berani, riang dan menceriakan setiap orang yang mendampinginya.

“Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat yang memahami dan menghormati wanita buat sekian lama. Saya gemar menjadi kreatif dan mencuba pelbagai fesyen mengikut mood saya, jadi saya amat teruja untuk mengekspresi dan meraikan identiti saya melaui haruman.”

-Eva Mandes

Harga pasaran untuk Eve Duet adalah RM109 (WM) dan RM125.40 (EM) dan boleh dibeli melalui wakil Avon serta Butik Kecantikan Avon juga online.

 

BIO-OIL Kini Berwajah Baru Yang Lebih Segar

Siapa tak kenal produk rawatan kesan parut dan regangan kulit yang menakjubkan ini!  Pakar dalam penjagaan kulit yang disayangi ramai, Bio-Oil® kini tampil dengan wajah baru.

Bio-Oil Product Packaging BM

Selepas kehadirannya selama sedekad di Malaysia, minyak pelbagai guna ajaib ini mendedahkan wajah yang lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan terkini.

Produk ini sangat disukai ramai kerana keberkesanannya dan merupakan produk No. 1 untuk merawat kesan parut dan regangan kulit di lebih 24 buah negara termasuk Malaysia (Nielsen, 2016), UK, Australia dan New Zealand.

Bio-Oil® mempunyai campuran vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi seperti lavender, kalendula, rosemary dan kamomil, bersama dengan ramuan unggul PurCellin Oil™ yang membolehkan ramuan aktif diserap ke dalam kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak.

Dengan mengekalkan ciri-ciri keunikan warna putih dan oren Bio-Oil®, kini peknya disertai pula dengan maklumat ringkas mengenai manfaatnya di atas kotak. Sebagai satu produk yang dikenali ramai dan mendapat sambutan hangat dengan testimoni menakjubkan, Bio-Oil® tetap mengekalkan konsep dan strategi pembungkusan unik dengan mengamalkan rupa wajah yang segar dan bersih. Kecemerlangan reka bentuk baharu ini menonjolkan keanggunan dan tarikan baru kepada pengguna.

Pengguna boleh terus yakin dengan formulasi Bio-Oil® seperti mana yang dipercayai mereka selama bertahun kerana pembaharuan wajah Bio-Oil® hanya tertakluk kepada pembungkusan sahaja. Rumusan yang telah memenangi anugerah ini dihasilkan dan diedarkan ke seluruh dunia oleh Union-Swiss yang berpengkalan di Cape Town, Afrika Selatan. Ia diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk mengurangkan penampilan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit tidak sekata di bahagian muka serta badan. Selain itu, Bio-Oil® juga sangat berkesan dalam menangani pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan kulit kering.

Keberkesanan Bio-Oil® bukan hanya sekadar untuk masalah kulit tetapi telah diuji dan terbukti sesuai digunakan untuk kulit sensitif, hypoallergenik (tidak menyebabkan alahan) dan tidak-aknegenik (tidak menyebabkan jerawat). Ia juga selamat digunakan oleh wanita hamil yang menghadapi masalah kulit semasa kehamilan seperti kesan regangan kulit, pigmentasi dan lain-lain lagi.

“Pendedahan wajah baru ini amat penting bagi Bio-Oil® untuk terus kekal relevan di pasaran dan kami sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pengguna setia kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberi dalam sedekad yang lalu dan memberi jaminan bahawa Bio-Oil® akan terus menerajui industri ini seperti tahun-tahun yang lalu. “

-Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil®.

Bio-Oil® kini boleh didapati di semua farmasi berdekatan dan kedai penjagaan diri di seluruh negara dalam saiz 60ml (RM 34.95), 125ml (RM 58.25) dan 200ml (RM 79.45).

Untuk maklumat lanjut, sila layari: bio-oil.com

BIMYOU Creations Perkenal Jenama Kecantikan Halal dari Korea S2J Cosmetics

Tahniah syarikat BIMYOU Creations kerana menjadi syarikat kecantikan tempatan pertama melancarkan jenama kecantikan Korea S2J di Malaysia!

BimyouxS2J_1

Bimyou Creations Sdn. Bhd., sebuah syarikat kecantikan tempatan telah mengadakan majlis pelancaran produk penjagaan wajah Korea Selatan berjenama S2J Cosmetics dengan jayanya di Ruang, Shah Alam.

Ini adalah kali pertama S2J Cosmetics berada di pasaran Malaysia. S2J Cosmetics yang merupakan milik sepenuhnya syarikat YGP Co. Ltd. dari Korea Selatan bakal berada di pasaran Malaysia bermula Januari 2018.

Kerjasama antara syarikat Bimyou Creations dan YGP Co. Ltd. merupakan kerjasama positif antara dua negara.

Keunikan produk S2J Cosmetics untuk pasaran Malaysia adalah ia akan dihasilkan di kilang tempatan yang berstatuskan Halal serta diiktiraf GMP (Good Manufacturing Practice) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nur Zaty Liyana Indra Gunawan, Pengarah Urusan syarikat Bimyou Creations Sdn. Bhd. berkata:

“Idea untuk membawa masuk produk kecantikan S2J Cosmetics ke pasaran Malaysia adalah untuk mengatasi masalah wanita di luar sana yang mempunyai kesulitan dalam pemilihan produk wajah yang bersesuaian dan berkualiti. Saya amat meminati produk kecantikan Korea Selatan tetapi saya mendapati bahawa kebanyakan produk mereka tidak begitu serasi dengan kulit kita. Ini kerana, formula yang digunakan adalah berbeza bagi memenuhi keperluan jenis kulit mereka dan juga iklim di sana yang mempunyai empat jenis musim.

Kita tahu bahawa produk-produk kecantikan Korea Selatan dihasilkan dengan menggunakan formula yang berasaskan teknologi supaya ia memberi kesan yang lebih efektif pada kulit wajah. Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan produk wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit dan iklim di Malaysia dengan menggunakan formula berasaskan teknologi dari Korea Selatan. Dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk menghasilkan produk S2J Cosmetics di kilang tempatan untuk pasaran Malaysia agar ia sesuai digunakan pada jenis kulit wajah wanita Malaysia dan juga iklim di sini.”

Penghasilan produk kecantikan S2J Cosmetics di kilang tempatan yang mempunyai status Halal dan diiktiraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah amat penting kerana ia dapat memberi jaminan kepada wanita di luar sana bahawa setiap produk S2J Cosmetics yang dihasilkan adalah berkualiti serta selamat dan bersih untuk digunakan pada kulit wajah.

“Sudah menjadi kebiasaan pada wanita untuk bertanyakan soalan berkenaan produk kecantikan wajah itu sebelum membuat keputusan untuk membelinya atau pun tidak. Adakah kandungan produk ini Halal? Bagaimana pula dengan kualitinya? Adakah produk ini selamat untuk digunakan pada kulit wajah? Oleh itu, bagi memenuhi permintaan mereka, kami dan rakan kongsi kami dari Korea Selatan telah berjaya menghasilkan formula produk kecantikan wajah yang berkualiti berasaskan teknologi dari Korea Selatan, selamat untuk digunakan pada kulit wajah serta bersesuaian dengan iklim di Malaysia.

Rakan kongsi perniagaan antara Bimyou Creations dan YGP.

IMG20171216151002

Seo Sujin adalah pengasas kepada YGP Co. Ltd. dan juga S2J Cosmetics. Beliau merupakan Make up Artist “Hallyu” yang pertama di Korea Selatan. Walaupun beliau mempunyai pengalaman dalam bidang kecantikan lebih daripada 20 tahun, namun beliau tidak pernah jemu untuk melopori teknik-teknik dan trend terkini. Oleh sebab itu, Seo Sujin sentiasa berada satu langkah di hadapan dari segi ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kecantikan.

Apabila ditanya mengenai perkongsian perniagaan ini, Seo Sujin berkata,

“Saya amat teruja dengan kerjasama antara Bimyou dan YGP. Pelancaran produk S2J “White Fleur” di Malaysia bakal menjadi produk pertama S2J yang menembusi pasaran di Asia Tenggara. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan kami.

Selain itu, saya juga berharap bahawa penghasilan produk S2J di kilang Malaysia yang berstatuskan Halal serta diiktiraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dapat meluaskan lagi pasaran produk ini dan juga memenuhi keperluan jenis kulit pengguna di Malaysia.” 

 

Produk Pencerahan Kulit S2J “White Fleur”

S2J “White Fleur” ini merupakan produk pencerahan kulit yang mampu menyihatkan kulit agar tampak lebih muda. Produk ini mempunyai tujuh agen pencerahan di mana setiap satu agen itu diekstrak secara organik. Tujuh agen pencerahan ini adalah sangat berkualiti kerana ia diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan dan kebanyakannya adalah daripada jenis bunga-bunga yang berwarna putih. Maka, Bimyou telah memperkenalkan produk S2J untuk pasaran Malaysia sebagai produk variasi “White Fleur” yang membawa maksud bunga putih.

Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur” telah diuji secara klinikal dan kesannya juga telah terbukti mengikut laporan ujian makmal.

Set “White Fleur” ini mempunyai 4 barangan yang merangkumi langkah asas penjagaan wajah seperti orang Korea:

  • Cleansing Oil, 115ml, RM65 – Membersihkan setiap kotoran, bakteria dan sel-sel kulit mati agar wajah menjadi lebih bersih, lembut tanpa merosakkan kulit.
  • Cleansing Gel, 115ml, RM60 – Menghasilkan buih-buih ringan yang kaya dengan agen pembersih bagi mendapatkan proses pembersihan muka secara efektif agar wajah tampak lebih segar dan bermaya.
  • Toning Essence, 115ml, RM85 – Menganjalkan kulit secara dwi kali dengan kelembapan dan nutrisi bagi mendapatkan kelembutan dan seri pada kulit wajah.
  • Hydrating Moisturizer, 50ml, RM110 – Krim ringan yang dapat menyegarkan kulit wajah serta dapat menambahkan hidrasi dan kelembapan agar wajah kelihatan lebih lembut dan licin.

Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur” boleh dibeli melalui atas talian dan juga menerusi stokis yang disahkan bermula Januari 2018 dengan harga RM288 bagi setiap set. Untuk butiran lebih lanjut, sila lawati http://www.bimyou.com.my.

Berkenaan Bimyou Creations

Bimyou Creations Sdn. Bhd. diasaskan pada tahun 2016 dan mempunyai visi untuk melahirkan generasi wanita yang mempunyai keyakinan tinggi dan menghargai kelebihan diri mereka dengan menyerlahkan imej dan keterampilan yang cantik melalui kaedah teknologi serta pendidikan.

Butik SKECHERS City Kini di Buka di IPC

Dengan keluasan 6,600 kaki persegi menjadikan Skechers di IPC butik kasut terbesar di Asia Tenggara!

Ribbon Cutting Ceremony 3

SKECHERS USA, Inc (NYSE:SKX), satu jenama global yang terkenal dalam industri fesyen sukan dan gaya hidup membuka butik terbaharu yang dikenali sebagai Skechers™ City Outlet di pusat beli belah IPC, Mutiara Damansara.

Dengan keluasan sebesar 6,600 kaki persegi, Skechers™ City Outlet menjadikan butik jenama Skechers™ yang terbesar di Asia Tenggara.

Skechers™ City Outlet baharu ini menggabungkan kedai konsep yang mengetengahkan koleksi fesyen kasut dan pakaian terkini dengan bahagian yang mempamerkan rangkaian koleksi sukan serta gaya hidup yang hangat bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Skechers™ telah berjaya memenangi hati masyarakat Malaysia menerusi:

  • Koleksi kasut yang bergaya dan selesa seperti Sport, D’Lites 2, Burst, USA, Bobs, Energy Lights, Twinkle Toes, the GOwalk dan GOrun
  • Pakaian untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top dan banyak lagi.

Skechers™ juga telah berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal seperti bintang hip-hop Korea Zico, kumpulan K-Pop terkenal EXO, pemenang anugerah multi-platinum Meghan Trainor, penyanyi dan penulis lagu Camila Cabello, model dan pelakon Kelly Brook, personaliti televisyen Brooke Burke-Charvet dan lagenda-lagenda sukan seperti Sugar Ray Leonard, Ozzie Smith serta Howie Long.

“Kami sangat teruja bagi memperkenalkan butik bersaiz besar ini untuk mengetengahkan stail terkini disamping koleksi yang memberi pilihan luas kepada semua pelanggan Skechers™ di bawah satu bumbung. Pembukaan Skechers™ City Outlet terbaru ini mencerminkan kedudukan jenama Skechers™ yang kian meningkat di pasaran tempatan sejak membuat kemunculan pertamanya di Malaysia.” –

-Vincent Leung, Presiden of Skechers™ Hong Kong dan Asia Tenggara.

Skechers™ City Outlet ini mempamerkan kira-kira 500 jenis produk Skechers™. yang mana bahagian dalaman butik dikategorikan mengikut bahagian lelaki, wanita, kanak-kanak serta kategori pakaian bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.

Vincent turut menambah,

“Kami tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak koleksi dalam rangkaian kedai konsep kami kerana kami percaya jenama ini akan terus berkembang mengikut pelan pemasaran yang telah dirancang sepanjang 2018 nanti”.

Menjelang tahun 2018, Skechers™ dengan penuh semangat bukan sahaja berazam untuk menempatkan diri dalam kelompok 3 jenama terbaik di dalam kategori fesyen kasut malah turut berhasrat mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu pasaran bagi koleksi kasut untuk kegunaan berjalan.

Skechers™ juga ingin memperkenalkan koleksi terbaharu dengan unsur-unsur lebih bergaya dan lebih selesa. Dalam masa yang sama, Skechers™ akan turut berkembang menerusi pembukaan 29 lagi butik baharu pada tahun depan sekaligus mencapai jumlah keseluruhan rangkaian jenama sebanyak 91 butik di Malaysia.

Untuk makluman lanjut, sila layari www.skechers.com.my atau kunjungi ke laman Facebook Skechers™ di http://www.facebook.com/Skechersmalaysia/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi Skechers™.

MENGENAI SKECHERS USA

SKECHERS USA, Inc yang berpusat di Manhattan Beach, California mereka bentuk, mebangunkan dan memasarkan pelbagai kasut gaya hidup untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak selain kasut berprestasi tinggi untuk lelaki dan wanita. Produk keluaran SKECHERS boleh didapati di Amerika Syarikat serta lebih daripada 1600 negara di seluruh dunia. Selain itu, Skechers juga menerusi butik istimewa selain turut dipasarkan di 1710 butik rangkaian pihak ketika milik syarikat SKECHERS dan e-dagang syarikat.

SKECHERS baru-baru ini telah menerima anugerah “Brand of The Year” untuk tahun ketiga berturut-turut di 2017 Footwear Industry Award. Koleksi SKECHERS KIDS pula telah dianugerahkan kecemerlangan reka bentuk dalam kategori kanak-kanak oleh penerbitan Footwear Plus. Ini menandakan Anugerah Plus yang ke-sembilan untuk Skechers bagi kecemerlangan reka bentuk kasut dan yang anugerah yang ketiga untuk kategori kanak-kanak.

Syarikat mengurus perniagaan antarabangsa melalui rangkaian pengedar global, rakan usaha sama di Asia dan Timur Tengah, dan anak syarikat milik penuh di Kanada, Jepun, di seluruh Eropah dan Amerika Latin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari skechers.com.my dan ikuti Skechers di Facebook (facebook.com/skechersmalaysia) dan Instagram (@skechersmalaysia).

 

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Sumbang Pakaian Seragam

Pengumpulan dana untuk membantu 400 kanak-kanak mendapatkan pakaian seragam sekolah baharu

TOP_01

Jenama pencuci nombor satu di Semenanjung Malaysia , TOP kembali lagi tahun ketiga dengan kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ bagi mengumpul dana untuk membekalkan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak dari pusat penjagaan terpilih seluruh negara.

Sejak dilancarkan dua tahun lepas, hampir 1,000 kanak-kanak  telah menerima kit keperluan persekolahan lengkap termasuklah pakaian sekolah; kasut sekolah, stoking dan alat tulis.

Tahun ini TOP menyasarkan untuk mengumpul dana melebihi RM40,000 untuk membekalkan kit persekolahan lengkap kepada 400 kanak-kanak berusia antara 7 sehingga 17 tahun dari 18 rumah penjagaan merangkumi 10 buah negeri di Malaysia.

Tujuan kempen ini ialah kanak-kanak ini dapat memulakan tahun persekolahan baharu setara dengan rakan-rakan sekolah yang lain, bagi membina masa depan yang lebih cerah.

TOP akan bekerjasama dengan Giant. Giant mempunyai lebih daripada 150 pasaraya di seluruh negara yang boleh menarik lebih ramai pengguna menyokong kempen ini demi memberikan kanak-kanak berkenaan masa depan yang lebih cerah.

Melalui kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ ini, sebanyak 30 sen daripada jualan mana-mana produk TOP di semua cawangan Giant di seluruh negara akan disalurkan kepada dana ini bermula 13 November hingga 13 Disember, 2017.

Kempen ini mempunyai dua objektif iaitu memberikan masa depan yang cemerlang kepada kanak-kanak ini melalui pemberian pakaian seragam sekolah baharu yang boleh membina keyakinan diri mereka; serta menanamkan sifat tanggungjawab dalam diri mereka untuk menjaga pakaian sendiri supaya ia sentiasa bersih dan dicuci dengan sempurna.

Dirumuskan oleh LION Corporation Japan, TOP merupakan jenama pencuci No. 1 di Semenanjung Malaysia , tersohor dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggunakan teknologi berinovasi untuk cucian yang lebih bersih, peningkatan keselesaan dan kesejahteraaan yang lebih baik.

Baru-baru ini, jenama ini telah memperkenalkan inovasi TOP ‘Micro-Clean Tech’ baharu yang dirumuskan dengan inovasi Anti-Sebum yang akan menembusi jauh ke dalam teras fiber pakaian untuk membersihkan sepenuhnya sebum dan kesan peluh yang terperangkap dengan lebih berkesan. Inovasi Anti-Sebum memberikan satu penyelesaian praktikal yang amat diperlukan oleh pengguna, khasnya yang tinggal di negara beriklim tropika seperti Malaysia.

Sebum atau minyak badan dirembes secara semulajadi oleh tubuh terutamanya dalam cuaca panas dan lembap. Sebum meninggalkan kesan tampak mahupun tersembunyi pada pakaian. Sebum yang terperangkap dalam teras fabrik merupakan nutrisi kepada bakteria yang boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan dan menjadikan pakaian anda kekuningan, kusam dan pudar warnanya.

Pencuci biasa tidak dapat membersihkan sebum dengan berkesan. Inovasi TOP Micro-Clean Tech dengan Anti-Sebum menembusi jauh ke dalam, teras fabrik untuk membersihkan sepenuhnya sebum dan molekul peluh dengan berkesan.

Slogan kata TOP Micro-Clean Tech – ‘Belum Bersih Sehingga Mikro Bersih’ mencerminkan pencapaian teknologi pencuci yang memberi kuasa kepada siri ini, dan kepercayaan para pengguna kepada keupayaan TOP Micro-Clean Tech dengan Anti-Sebum untuk membersihkan kotoran tampak mahupun tersembunyi demi menikmati cucian pakaian yang lebih bersih dan gaya hidup yang lebih sihat.

TOP Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum melingkungi semua fungsi yang dimasyhurkan oleh TOP termasuk anti-bau hapak, anti-debu hama, anti-bakteria sementara rangkaian Blooming pula mempunyai fungsi tambahan iaitu teknologi wangian FreshCare™ untuk kesegaran berkekalan sehingga 30 hari selepas membasuh.

Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo menerangkan, TOP telah mendapati maklumbalas yang positif hasil pemberian pakaian seragam baharu kepada kanak-kanak tersebut. Penerimaan dan sokongan dalam kalangan pengguna, rakan niaga dan para pekerja TOP juga amat menggalakkan.

“Semasa memulakan kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’, kami menanamkan azam untuk membantu kanak-kanak ini setelah melihat wujudnya keperluan itu dalam kalangan kanak-kanak ini. Sepanjang perlaksanaan kempen ini, kami mendapati para pengguna dan rakan jualan turut mempunyai keazaman, kesudian dan keinginan untuk turut serta setiap tahun kerana mereka percaya usaha terancang ini membuat perbezaan kepadamasa depan kanak-kakan tersebut. Kami menerima ribuan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada kanak-kanak yang menerima pakaian seragam berkenaan. Kami berterima kasih kepada semua para pengguna dan peruncit yang telah dan sedang bekerja bersama kami untuk menzahirkan kempen ini,” kata Cik Foo.

“Kami berbangga kerana dapat menyediakan saluran/landasan/kemudahan platform untuk orang ramai memberi sokongan kepada masyarakat di sekeliling mereka dan pada masa yang sama memberikan inovasi serta faedah produk kami sebagai balasan yang sentiasa dengan tujuan memotivasi lebih banyak kanak-kanak untuk menikmati masa depan yang lebih cerah. Sekalung penghargaan buat para pengguna TOP yang menyokong kempen ini sehingga tahun ketiganya,” kata Carmen.

Sebagai jenama keperluan asas detergen bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, TOP mengamal nilai-nilai perkongsian masyarakat; penekanan kepada pendidikan dan saling mengambil berat untuk komuniti yang membentuk Malaysia.

“Bermula 13 November hingga 13 December 2017, anda boleh ke Giant yang terdekat untuk mendapatkan mana-mana produk TOP termasuklah TOP Lite dan pelembut fabric TOP Day Fresh dengan mengetahui anda memberi sumbangan melalui kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ untuk membantu kanak-kanak lebih berinteraksi dengan rakan sebaya mereka, dan untuk lebih melibatkan diri di sekolah,” katanya mengakhiri ucapan.

Kanak-kanak daripada rumah-rumah kebajikan di bawah akan menerima kit lengkap persekolahan setiap seorang termasuk kasut dan stoking.

TOP Micro Clean Tech dengan teknologi anti sebum boleh didapati di seluruh negara dengan pelbagai varian serbuk dan cecair pencuci termasuklah pelembut fabrik; untuk mesin basuh muatan atas dan muatan depan serta pilihan-pilihan cucian tangan.

Antara varian TOP berkenaan adalah :

Mesin basuh muatan atas

  • Cecair-Stain Buster, Brilliant Clean, Blooming Pleasures, Odour Buster, Colour Protect
  • Serbuk-Super White, Super Colour, Super Hygienic dan Blooming Freshness

Mesin basuh muatan depan

  • Cecair-Smart Clean
  • Pencuci-Super Low Suds

Pelembut TOP Day Fresh diformulasikan untuk kedua jenis mesin basuh dan didatangkan dengan varian yang termasuk Romantic Pink, Sensual Purple dan Serene Blue. TOPLite pula ialah untuk fabrik lembut.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila Lawati pautan http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.